Friday, August 5, 2011

dugaan.

sejak dua menjak ni aku sedih. banyak betul dugaan yang aku terima. kadang kadang aku rasa macam tak mampu nak tanggung sorang diri. tapi aku tak dapat nak menangis. air mata tak keluar.

mungkin malu dengan kawan kawan yang sentiasa ada disisi. mungkin jugak aku dah kekeringan air mata. namun, aku pun tak pasti. tapi perasaan pilu dan sedih tu tetap ada.


dan semalam air mata aku berjaya jugak keluar akhirnya. aku nak pulang ke kuala terengganu. rumah ku di terengganu. sudah sebulan aku tak jenguk mama , adik adik dan sidia. lagi pun aku jeles sebab sepupu aku yang belajar di KL pun nak balik berbuka puasa dengan family. so aku buat keputusan nak balik sekali dengan dia.


tiket pukul 10.30 malam. aku berjanji nak singgah dirumahnya di sentul dulu. dan aku perlu sampai rumah sepupu aku tu sepatutnya sebelum waktu berbuka. dia dah siapkan makanan untuk aku di rumahnya.


namun , semalam aku ada kelas. sampai rumah pukul 5.30 petang. hujan lebat pulak tu. pukul 6 aku call teksi, tak dapat. call lagi , tak dapat. call lagi teksi, tapi teksi yang lain.. dapat.. tapi pakcik tu suruh aku tunggu sebab jalan jem. mungkin sebab hujan. dia cakap boleh sampai dalam 20 minit.


aku tunggu.. tunggu.. tengok kat tingkap. masih hujan lagi. sedih sungguh hati aku. tambahan pula, perut menjerit jerit kelaparan. dugaan bulan puasa kata ku. sudah 1 jam aku tunggu. dan aku terima satu mesej dari pakcik teksi tu.


' tak dapat lah dik. pakcik tersilap masuk jalan. jalan jem. cari teksi lain ya' - 7.00pm



air mata aku turun dengan laju. sakitnya hati aku. kenapa perlu banyak dugaan ? kenapa aku?!







bersambung....

Monday, August 1, 2011

bila terjadinya salah faham #

assalamulaikum :)



rindu nyer nak tulis kat diary kesayangan aku ni. asyik sibuk je sejak kebelakangan ni. tak tahu apa yang aku buat. yang pasti memang sibuk sampai tak toleh kiri dan kanan tau. hahah. okay. tak kelakar. fine =.=



mengikut tajuk aku hari ini adalah berkenaan 'apabila terjadinya salah faham?'


ececeh mengada aku nak bertajuk tajuk pulaks. hihi


korang pernah tak berada didalam situasi ashamni? mesti pernah kan. haa jangan tipu.

begini lah situasi aku sekarang ni. di mana kawan aku ingat aku duk mengata kat dia. walhal aku duk sibuk mengata kat orang lain. hahah. which is memang bukan untuk dia langsung okay!

ini lah padah nya bila sibuk nak mengata. orang lain pulak yang terasa. kesal betul aku. semua nya sebab fesbuk. sebab membolehkan kita mengutuk dan mengata. jadahlaaa fesbuk ni! ishhh. (padahal diri sendiri yang salah)

tapi nasib baik la. kawan aku si bedah ni ada time aku update status tu. kebetulan pulak aku dengan dia sependapat dengan status aku ni. hahaah. memang kena. so si bedah ni pun 'up' status yang lebih kurang sama dengan aku.

kira ada jugak la saksi berpihak kepada aku kan. bahawa aku tak tuju kepada si tidak bersalah ni. hahaa. kalau takde saksi atau takde sibedah ni ? memang aku bergaduh la gamaknya dengan si tidak bersalah ni. ishhh. mintak jauh laaaa. sayang persahabatan kami.


dan si tidak bersalah ni terasa. ala kesian pulak. dia story dengan kawan aku yang bernama peah. peah pun tanya lah aku pagi tadi berkenaan status aku di fesbuk tu. aku pun cakaplah aku cakap untuk si badrul. explain bukan main panjang lebar. cuak aku dibuatnya.

dan si tidak bersalah ni baru lah tegur aku. dia cakap dia terasa hati semalam bila aku 'up' status ashamtu. aku pun kesal la jugak. sebab memang bukan untuk dia. dia takde kene mengena. dan aku dah pun mintak maaf tadi. adeyhh. nasib baik tak heboh satu malaya. hihi.


over lah aku ni. oh okaylah. berkenaan ptptn tuh aku dah tanak tulis lagi. membosankan. okaylah byee!


p/s : selamat berpuasa. sama-sama kita berlumba menggandakan ibadah kita :") wasalam.

Wednesday, July 27, 2011

ptptn part3 # hopeless# tired # sad

assalamualaikum ..


#masih lagi perihal ptptn.

dengan perasaan yang gementar, berdebar, pucat, tangan pun dah beku , tapi aku gagahkan juga kaki aku untuk melangkah hari ini untuk mendapatkan result ptptn aku.

hari ni aku sekali lagi berjumpa dengan kakak ptptn tu (bahagian kolej). nama dia syarifah. akak syarifah suruh aku check online untuk mengetahui sama ada result aku di luluskan atau pun tidak and dia suruh aku print sebab dia nak tengok surat tu a.k.a result tu la.

aku naik ke second floor. cari library. dah jumpa. terus online guna google chrome. jumpe. dapat. masuk kad id pengenalan aku dan kata kunci.

*mata aku terbeliak*
'permohonan anda tidak diluluskan'

aku pun tak pasti ape sebabnya. sedih gila kot. apa yang aku harapkan tak dapat. apa makna semua ni? mungkin ini memang takdir aku? seribu persoalan muncul. tapi yang pasti , hati aku menjerit nak berhenti belajar. bosan dengan ptptn. serius weh. nak menangis? air mata pun dah kering. yang hanya ada , reaksi muka. tidak puas hati.


turun first floor. jumpa akak syarifah tu. dia cakap dia boleh tolong. kene tunggu isnin ni. kene tunggu lagi? aku rasa dah macam tak sanggup lagi. tapi aku cuma mengiyakan saja.


aku call mama aku. dia cakap just tunggu dulu. jangan buat keputusan terburu-buru katanya. dia memang support aku habis habisan. thats why i love her. dia memang mama yang terbaik buat aku. dia tak pernah patahkan semangat aku. dia nak aku habiskan belajar.

tapi , aku dah cakap siap siap yang kalau tak boleh jugak.. memang aku nak berhenti. mungkin takde rezeki ku kat sini. walaupun sedih , aku kene terima.



okaylah. nak off dulu. esok ade test pulak. fikiran kusut. doakan aku. doakan aku. amin.





Tuesday, July 26, 2011

masa depan.

sekarang ni aku rasakan dunia aku semakin gelap. macam diri aku di hempap sesuatu yang besar atas aku. nak menangis pun takde air mata.

ya allah , berilah aku kekuatan untuk menanggung semua ini.

ya allah , beri lah aku petunjuk mu.

ya allah, beri lah aku kesabaran untuk menempuhi dugaan ini.

aku rasa macam dah tak mampu. aku dapat rasakan yang hari esok hari yang paling pedih & perit untuk aku.


aku tak tahu apa yang harus aku buat sekarang ni. hanya berdoa dalam hati.

randoms # jaga hati # mengenai hati & semua berkaitan hati.

assalamualaikum w.b.t :)


ingin menyentuh sedikit tentang hati ye tajuk hari ini.



ekceli aku nak cakap pasal ni sebabnya aku dah banyak kali 'makan hati'. buat ibu ibu, gadis gadis, bapa bapa dan anak anak sekalian 'makan hati' ni bukan lah hati makanan ye. 'makan hati' ni sebab aku sakit hati. aku bukan nak bercakap pasal aku saja. kira semua yang terjadi didepan aku, blakang aku dan celah tepi aku pun. dan semua yang kita pernah lalui. randoms sahaja okay.


ini sekadar gambar hiasan makan hati* keh keh




"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."


(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

1) kalau kau nak orang jaga hati kau kan kau kene lah jaga hati orang. kau jangan nak pikir kau sorang aje ade perasaan. kita manusia ni same je doh. kalau orang dah buat salah dengan kau , ape kata just slow talk dengan dia. bile slow talk. orang pun akan tahu apa salah dia. dan yang nak marah pun boleh jadi lembut tau. ce try kalau tak caye.


2) kalau kau tengok orang tu jenis slow, baik & jenis pak turut je kan kau jangan sesuke hati je buli dia. apa, lu ingat dia takde perasaan ke? ni yang aku paling geram ni. sesuke hati je suruh sislow ni buat tu , buat ni. beli tu & ini. tapi di belakang? mengumpat! menambah dose! cisssssss. kesian sislow ni. cube korang pikir adik korang yang kene camtu? sedih tak? kalau kau tak sedih. memang kau jenis hati batu. dan mungkin korang bukan manusia :') haha

eh ini hati ke batu? * keh keh


3) kalau seseorang tu nak berubah ke arah kebaikan.. kau takpayah nak mencebik muka. hudoh kau tau? bukan setakat hudoh. weirdo dah muka kau tuh. ce cuba korang bagi support sikit. atleast, baru lah hati pun ikhlas je nak berubah & heppy je sebab ade orang bagi dorongan. macam aku ni ha. yela, aku tau dulu aku tak pakai tudung. sekarang je baru nak cube pakai. so tak payah nak buat muka dengan aku! menyampah. sekurang-kurangnya aku ade juga pasang niat nak berubah. kau hade ? :')

annoying sungguh muka ini * contoh mencebik muka. haha


4) if kau nak suruh aku hormat kau. kau jagalah tingkah laku kau. macam adengan nak balas dendam ke ape. its such as annoying things you know. tak payah la. macam kanak kanak riang. kita ni makin hari makin besar. be matured. aku bukan nak cakap aku baik ke ape. aku pun memang ade salah jugak. memang semua ada salah dan silap. tapi insyallah aku akan cuba sebaik mungkin untuk berubah! aku nekad. dan aku kalau nak marah pun, aku akan senyap. malas nak bercakap apa apa. lebih baik berdiam diri dari pada huuu haaa huuu haaa.


5) aktiviti sound dan meny-ound. serius aktiviti ni tak sihat okay. jangan buat. aku kata jangan buat okay. ehhh mentang mentang lah dia ramai backup sesuka hati mak bapak dia je nak sound orang! apee kau rasa kau hebak lah buat ashamtu? dan si-kena sound tu senyap je tunduk muka tengok lantai sambil kaki kuis kuis lantai supaya hilang malu. ehhhh aku yang tengok ni , sedih pilu, dan naik darah aku tengok. macam aku pulak yang kena sound. cukup lah okay? kesian gila!

last but not least, marilah same same berubah. insyallah kita semua akan jadi manusia yang lebih baik. insya-Allah. amin. lima aje cukup lah. keh keh.


p/s : eh esok result PTPTN. doakan aku. && result semester lepas pun dah keluar. takut & gementar. dan berapa kali aku nak cakap 'eh' ni?


sekian , terima kasih. wassalam :) selamat menyambut bulan ramadan minggu depan! bye.

Saturday, July 23, 2011

perihal ptptn part 2 #

mengada-gada je aku nak ade part 1 & part 2. keh keh. saje je konon feeling hebak. lagi pun suke aty la weh. ade kau kesah? hihi. maafkan aku. terlebih over la pulak. hurm >.<"

aku agak sibuk sibuk sibuk sangat minggu ni. tak cukup masa & tangan buat kerja. kerja assignment. sekali datang , memang memenatkan. so, takde mase sangat nak berblogging. tapi fesbuk tetap je aku on. hee. itu memang kewajiban.

haa ni, kau tengok la. sekarang dah pukul 11.30 malam aku menaip kat blog? ape kejadahnya? memang tak cukup masa betul. sekarang baru lah duk rilek & teringat kat blog diari aku ni. so , aku nak citer la sikit mengenai hal ptptn aritu. ramai pulak viewer aritu. thanks. walaupun korang tak komen. takpee. nina hargai okay.

# tolong ye kawan-kawan , doakan aku. mungkin tuhan itu masih sayangkan aku. tapi benda ini masih tidak pasti lagi. insyallah la. ada berita baik & ada berita buruk.


berita baik :

akak yang handle ptptn aku tu cakap. kemungkinan, aku tak payah bayar hutang aku dengan kolej yang sebanyak RM30K tu. sebab intake nursing yang baru , cuma RM45K sahaja. kalau nak di ikutkan , intake aku tahun 2010 tu pinjaman untuk course nursing ni adalah RM60K. tapi entah kenapa , dorang dah kemaskini jadi murah pulak untuk course nursing ni. maybe sebab terlalu mahal kot. 60K? huihh banyak tu. boleh beli keta sejibik. dan mungkin jugak ini hikmah yang Allah taala bagi kat aku? akak tu cakap dia boleh tolong aku untuk dapat kan RM45K tu. dalam hati aku terloncat-loncat kegembiraan. tuhan saja yang tahu bertapa gembiranya aku. syukurnya aku.


tapi.. ada tapi nya lah. ni yang jadi tak suka.



berita buruk :

okay. takdelah buruk mane. cuma aku kene pastikan keputusan aku untuk buat pinjaman kena lah lulus. itu ari aku dah mohon secara online kepada ptptn. dan aku sekarang ni tunggu apa kata ptptn je. keputusannya ialah hari rabu ini. 27july2011. Ya Allah, takutnya aku. gementar gila. sekali lagi , tolong doakan aku ye kawan. itu je yang aku mampu cakap sekarang ni. berharap sangat. masa depan ni hoyy.


# tapi , yang boleh aku cakap yang aku percaya qada & qadar. itu semua kerja Allah. kalau bukan rezeki aku dalam kerjaya ini , insyallah aku terima. mungkin ada hikmah. sesungguhnya aku takan pernah putus asa untuk hidup. insya-Allah.


okaylah. aku penat. nak tidur. sakit mata mengadap lappy lame lame. boleh jadi blur vission aku nanti. haha. oh ye nanti aku update lagi. masih berharap. amin.



p/s : balik terengganu jumaat ini. rinduuuuu dia si jantung hati & family semua! bye ;)

Monday, July 18, 2011

entri terpendek. tak payah bace.




rindu budak kat atas ney. hurmmmmm T________T encik firdaus!












terpaksa bersabar lagi dua minggu. sob sob sob. missing you sayam. takecareee :(