Saturday, April 23, 2011

to mydearest little sis , heppi bufday (:



adik aku yang pakai spek tuh. cute tak? cakap tak!







so today , birthday girl a.k.a myadik bongsu * heppi birthday ! huhu :D

ohmaigahhh. ramai siot sanak saudara aku birthday bulan april nih. termasuk lah mama aku yang tersayang pun bulan april. nasib baik aku masih tak berkeje. kalau tak, nanye kene beli hadiah tuk diorang.kehkehkeh. * eh hai ma!


so hari ni 23 april 2011. bermakna adik aku yang bongsu nih dah pun berumur 16 tahun.


so aku nak citer la sikit tentang adik aku yang bongsu ni. haaaa zaman aku kecik kecik duluuu , aku suke dan selalu aje bergadoh dengan dia nih. gadoh tarik tarik rambot , cubit sampai lebam , sepak laju laju, guna cekam ghimau terkam dia sampai berdarah sana sini! haha. serious dowh. tak tipu! pastu bila mama aku balik keje je, mula la dia dia setat ngadu kat mama akuh. cis bedebah.


gila bab* jahat kan aku dulu? ala. bukan aku sorang je. dia pun balas balik la.
kire same same merasa. baru adil dan saksama. baru adik dengan kakak. hahah.


tapi , aku nih kejam sekejap jee. lepas aku dah puas hati , baru aku menyesal.


terus amik minyak gamat sapu kat luka luka dia. kira aku nih kakak yang perihatin la jugak. hihi. pastu pujuk pujuk dia. huahuhauaa. pastu bebaik balik. bengong tak ?

ha tu la diaaaa. hubungan adik beradik takan putus. ibarat kuku dengan daging. ibarat betis dengan peha. ibarat kipas dengan siling. ibarat.... ape yang aku merepek nih? heh. dan dia jugak seorang adik yang garang (orang terengganu cakap bekeng nk mampuh) kadang kadang la. ikut mood. haihhh. biasalah anak bongsu kan.

manja tahap gaban. kadang kadang aku rasa nak je bagi penampor kat dia nih. menyampah! mama dan abah aku memang manjakan dia nih. cakap aje nak apa , terus di bagi! wahhhh. kalau aku , huh. tunggu kucing bertanduk laa jawabnye.


tapi takpe , sebagai kakak aku harus bersabar. huhuhuhu. yeye jeekk. hehe. tapi kalau dia tengah okay tu kira ngam jugak lah dia dengan aku. dia kelakar. macam apek senario. suka gila time dia berlawak. * ehem. puji adik senirik. kihkih


ehhhh dahla. aku dah banyak merapu nih.



arghh...




okelah. aku sebagai kakak ingin mengucapkan happy birthday !



bye!

tak dapat pulang terengganu for two months :(

damn damn damn !

dua bulan tuuuuhh. serious aku tak boleh terime. isk isk isk :'(


ni semua praktikal punye pasal! menyampah! shitbull! arghhhh....


nak balik . mama , nina rindu sangat. abah, rindu nak tengok gigi abah yang sudah banyak hilang tuu :"(


adik-adik , aku rinduuuuu. uwaaaaaaaaaaaa. pakwe ? imishyuuuuuu bebeh. jangan nakal-nakal! emuahhh cikit! :"(


cousin? arghh.. nak hangout togeder geder lagi.... sobsss


nk nanges guling guling buleh dak? * benci benci benci!


tak sukaaa! minggu depan pegi kedah.. hurmm.. dahla tempat yang aku tak kenal. macam mane la duk sane sebulan? arghh.. dilemaa.


dilema kejadah ape nyeeee. dah memang WAJIB! ishhh..


takpe takpe. sabar. sebulan tu tak lame kan? tak lame kan? kan?


duk keyh-ell ni pon aku dah bosan. duk kedah lagi arrrr. haihhh.




buntuuuu ! tolongggg! helpppppp ! ='(




Friday, April 22, 2011

i'm tired already..

aku malas sebenarnye nak cerita masalah aku. tapi lagi di pendam, lagi sakit hati aku ni. sepanjang aku berkawan , aku masih belum jumpa yang betul betul dikira kawan baik aku, bestie, BFF or whatsoever u call it. aku tak pernah ada. serious. hmm.


kalau ada pun , sekejap aja. then hilang. macam zaman aku sekolah pun memang macam ni. sekejap ada. then terus menyepi kan diri. lepas abish sekolah , terus tak contact. aku pun tak tahu la kenapa. sedih sungguh.


sekarang aku okay la. berkawan dengan semua orang. lagi best. tapi manusia tetap manusia. perut busuk tu tetap ada. cis. menyampah betul dengan menda alah ni. damn.


kita dah cakap elok- elok , di cakapnya kita jahat. taknak kawan dengan dia la apela.


contohnya, aku dengan member aku si B tengah nak order makanan kat kawan aku yang bernama M nih. M nih nak pegy kenny rodgers . kitorang order la.

tapi aku lupe nak tanye dia yang bernama S tuh. then, aku pun bersenang lenang lah duk online. memang langsung tak ingat yang dia (S) tu tak makan lagi! sumpah. (lagipun dia bukan satu bilik dengan aku) yang dia (S) pulak , dah tau orang nak order makanan tu cepat cepat lah bagitau.


dicakapnya ; eleh! nina tuuu ingat aku tak mampu ke beli makanan kat situ? ingat aku takde duit ke?


maysAllah..... ade ke patut dia cakap macam tu? dah la nama aku sorang je dia petik. berdesing telinga aku nih. maybe korang rasa small matter kan. takpayah nak kecoh kecoh kan kan. tapi tu lu orang yang cakap. tapi dia cakap?


adeiihhh. penat dooowww nak jaga hati orang nih. hatiii orang je yang kita nak jaga. hati kita ? dah terluka bernanah pun takde sapa yang amik tau kan?


actually , dia tak cakap pun depan aku. dia bagitau member aku lagi sorang. heh. depan aku kemain lagi kauuuuuu ye. siap senyum manis. lengsung pipit terselah. bukan setakat lensung pipit, lensung batu pun dah terkeluar ye.tapi bila belakang aku? kau cakap aku macam tu ye? cilakak kauuuuu.


dan aku bukan jenis suka cakap belakang belakang weh. aku suka tanya terus depan depan. bia aku nak tengok sikit reaksi dia.


aku gi tanya dia elok elok. takut dia ada terasa hati dengan aku. sedangkan aku tak terniat pun. tapi bila aku tanya , dia cakap takde pape. dia dah lupakan.


aik ? camgituuuu pulekkk ? hah. takpe takpee. baguslah kalau macam tuuu.


aku taknak nanti kau berperasangka buruk tentang aku lagi. cuba kau bukak minda dan hati kau ye. bukak luas luas. tenangkan hati. jangan duk pikir orang nih jahat semua je ye. dan jangan kau anggap kau semua betul.


kepala kauu yang keras tu sila lembut lembutkan sikit. kawan bia ikhlas. jangan dibelakang kau duk potpetpotpet. di depan , manis ayu semua ada.




okelah. lega sikit hati aku nih. okeee byee!

Tuesday, April 19, 2011

banyak nya dosa aku...

semalam penat sungguh aku berkeje. melayan kerenah patient. ada yang mengada-ngada. ada yang tak suka dirawat. berlagak. dan macam-macam patient aku jumpe. hmm. pening nye kepala melayan kerenah manusia ni.


then, habis kerje dalam pukul 9pm. kitorang balik naik bas kolej. dan encik pakwe call. lepas bergayut dengan encik pakwe.. aku pun tengok kat tingkap. cantik sungguh suasana malam di kuala lumpur... dari shah alam ke selayang agak lama perjalanan...


tiba-tiba hati aku terdetik... 'banyak sungguh dosa aku...'
aku pikir... bila tengok patient aku.... umur muda-muda dah banyak penyakit...


sakit itu.. sakit ini... cancer pun ada... inallilah....


aku ? syukur allamdullilah. tuhan tu masih sayangkan aku. dia bagi kesihatan yang baik. umur yang panjang kat aku. dan aku masih boleh berdiri di kaki sendiri hingga ke hari ini.


tapi , ajal maut di tangan tuhan. aku takut bila pikir mati. insaf betul. memang sejak akhir akhir ni aku asyik pikirkan mati.


semua manusia tu boleh cakap insaf kan? tapi amalan-amalan yang disuruh & diperintah ALLAH tu agak sukar untuk dilaksanakan.


aku bercakap untuk diri aku sendiri. masyAllah. payah betul untuk aku menurut perintah Allah. sembahyang? masih belum cukup dilaksanakan. ada saja yang tertinggal waktu. kenapa lah aku susah sangat untuk menurut perintah allah dengan sempurna. jahilnya aku. malasnya aku.


tetapi untuk zaman sekarang aku dah takde alasan untuk mengatakan yang aku kurang didikan agama. mustahil. kakak aku ustazah. ye. beliau ustazah. perkerjaan yang mulia bukan? sedangkan aku sebagai adiknya? malu nya ya ALLAH. aku akui bukan senang nak lakukan kebaikan. tapi tak mustahil...


inihari. kau bukak aje tv. berpuluh ustaz dan penceramah memberi nasihat kearah kebaikan. hari ini bukan macam dulu. dulu memang kita kurang peka bab-bab agama. sekarang? ceramah secara online pun dah berlambak..


tu belum masuk bab tudung. sekarang dah berlambak jenis-jenis tudung yang cantik-cantik , pelbagai warna, fesyen, kau pilih je nak yang mana! tiada sebab untuk tidak bertudung... tapi itulah.. bila di suruh bertudung & menutup aurat.. di cakapnya belum bersedia lah.. apelah. sampai bila wahai sahabat? hmm aku pun baru aje bertudung... insyallah aku akan kekalkan imej baik ini.... insyallah..


sekarang goal aku cuma ingin berubah.


-menutup aurat
-sembahyang lima waktu
-mengaji selepas sembahyang



aku taknak banyak. cuma ini dulu. aku harap aku boleh berubah. dekatkanlah diriku padamu ya Allah. amin ya rabb.








* aku dengan anak anak aku suatu hari nanti. kehkeh.