Friday, August 5, 2011

dugaan.

sejak dua menjak ni aku sedih. banyak betul dugaan yang aku terima. kadang kadang aku rasa macam tak mampu nak tanggung sorang diri. tapi aku tak dapat nak menangis. air mata tak keluar.

mungkin malu dengan kawan kawan yang sentiasa ada disisi. mungkin jugak aku dah kekeringan air mata. namun, aku pun tak pasti. tapi perasaan pilu dan sedih tu tetap ada.


dan semalam air mata aku berjaya jugak keluar akhirnya. aku nak pulang ke kuala terengganu. rumah ku di terengganu. sudah sebulan aku tak jenguk mama , adik adik dan sidia. lagi pun aku jeles sebab sepupu aku yang belajar di KL pun nak balik berbuka puasa dengan family. so aku buat keputusan nak balik sekali dengan dia.


tiket pukul 10.30 malam. aku berjanji nak singgah dirumahnya di sentul dulu. dan aku perlu sampai rumah sepupu aku tu sepatutnya sebelum waktu berbuka. dia dah siapkan makanan untuk aku di rumahnya.


namun , semalam aku ada kelas. sampai rumah pukul 5.30 petang. hujan lebat pulak tu. pukul 6 aku call teksi, tak dapat. call lagi , tak dapat. call lagi teksi, tapi teksi yang lain.. dapat.. tapi pakcik tu suruh aku tunggu sebab jalan jem. mungkin sebab hujan. dia cakap boleh sampai dalam 20 minit.


aku tunggu.. tunggu.. tengok kat tingkap. masih hujan lagi. sedih sungguh hati aku. tambahan pula, perut menjerit jerit kelaparan. dugaan bulan puasa kata ku. sudah 1 jam aku tunggu. dan aku terima satu mesej dari pakcik teksi tu.


' tak dapat lah dik. pakcik tersilap masuk jalan. jalan jem. cari teksi lain ya' - 7.00pm



air mata aku turun dengan laju. sakitnya hati aku. kenapa perlu banyak dugaan ? kenapa aku?!







bersambung....

Monday, August 1, 2011

bila terjadinya salah faham #

assalamulaikum :)



rindu nyer nak tulis kat diary kesayangan aku ni. asyik sibuk je sejak kebelakangan ni. tak tahu apa yang aku buat. yang pasti memang sibuk sampai tak toleh kiri dan kanan tau. hahah. okay. tak kelakar. fine =.=



mengikut tajuk aku hari ini adalah berkenaan 'apabila terjadinya salah faham?'


ececeh mengada aku nak bertajuk tajuk pulaks. hihi


korang pernah tak berada didalam situasi ashamni? mesti pernah kan. haa jangan tipu.

begini lah situasi aku sekarang ni. di mana kawan aku ingat aku duk mengata kat dia. walhal aku duk sibuk mengata kat orang lain. hahah. which is memang bukan untuk dia langsung okay!

ini lah padah nya bila sibuk nak mengata. orang lain pulak yang terasa. kesal betul aku. semua nya sebab fesbuk. sebab membolehkan kita mengutuk dan mengata. jadahlaaa fesbuk ni! ishhh. (padahal diri sendiri yang salah)

tapi nasib baik la. kawan aku si bedah ni ada time aku update status tu. kebetulan pulak aku dengan dia sependapat dengan status aku ni. hahaah. memang kena. so si bedah ni pun 'up' status yang lebih kurang sama dengan aku.

kira ada jugak la saksi berpihak kepada aku kan. bahawa aku tak tuju kepada si tidak bersalah ni. hahaa. kalau takde saksi atau takde sibedah ni ? memang aku bergaduh la gamaknya dengan si tidak bersalah ni. ishhh. mintak jauh laaaa. sayang persahabatan kami.


dan si tidak bersalah ni terasa. ala kesian pulak. dia story dengan kawan aku yang bernama peah. peah pun tanya lah aku pagi tadi berkenaan status aku di fesbuk tu. aku pun cakaplah aku cakap untuk si badrul. explain bukan main panjang lebar. cuak aku dibuatnya.

dan si tidak bersalah ni baru lah tegur aku. dia cakap dia terasa hati semalam bila aku 'up' status ashamtu. aku pun kesal la jugak. sebab memang bukan untuk dia. dia takde kene mengena. dan aku dah pun mintak maaf tadi. adeyhh. nasib baik tak heboh satu malaya. hihi.


over lah aku ni. oh okaylah. berkenaan ptptn tuh aku dah tanak tulis lagi. membosankan. okaylah byee!


p/s : selamat berpuasa. sama-sama kita berlumba menggandakan ibadah kita :") wasalam.