Tuesday, September 6, 2011

dating dating dating :D





I will loving you forever & ever abang , even mytudung wat hal. but ade aku kesah? haha. wekkkk (:

Sunday, September 4, 2011

berbincang bab khawin // perlu ke ?

assalamualaikum.


alhamdullilah. hari ni dah dekat seminggu kita beraya . duit raya pun boleh la tahan. lepas la kalau nak buat beli jajan nak balik kuala lumpur nanti. eheh :D kan aku ade cakap yang raya tahun ni macam tak-best-sangat-kan ? tapi ghupenye best lah. seronok sangat. happy , alhamdullilah. rezeki dari Allah . syukur sangat-sangat.

okay sempena raya ni. aku nak wish la sekali lagi , selamat hari raya maaf zahir batin kepada sesiapa yang mengenali diri ini. aku mintak maaf kalau pernah buat salah. aku tahu memang aku ada buat salah. & banyak dosa yang aku pernah buat ngan korang-korang kawan aku tu harap dimaafkan ye. maybe secara tidak sengaja mahupun sengaja. muahaha. 0-0 OKAY?! (:

okay. stop dulu bab raya. ni aku nak cakap sikit bab perkahwinan. sebenarnye aku malas nak berbincang pasal mende alah ini. tapi diri aku ni asyik dihantui soalan ini je sejak dua menjak ni. haihhh memang cemas aku di buatnya.

'' bila nak kahwin neena ? ''

'' bila la nak makan nasi minyak ni? ''

''cepat-cepat la kahwin''

okay lebih kurang macam tu la soalan depa-depa ni. bikin aku takut & kecut sangat :(


first of all , aku rasa aku masih terlalu muda untuk itu. masih jauh perjalanan yang perlu aku lalui. masih banyak proses yang aku perlu tangani. memang kahwin itu perlu kalau dah memang suka sama suka dan wajib kalau sesama sendiri sudah berkemampuan.

berkemampuan dari segi kewangan & agama & rohani & jasmani & and meliputi semua.
nak kahwin bukan macam buat party birthday (:

persoalannya, mampu kah aku? diusia awal 20-an ini? aku sendiri pun tak tahu!

aku rasa hidup aku masih terumbang ambing. masih belum stabil ekonomi. masih tak tahu hala tuju masa depan. so elok lah kalau aku stabilkan dulu hala tuju masa depan aku dulu. dan kemudian , insyallah baru lah aku akan setel kan bab perkahwinan ini.


lagi satu , hang duk sebok pasai aku bila nak kahwin! tapi hang sendiri duk berkepit 27jam ngan pasangan hang tu boleh pulak? asal tak kahwin je terus? asal bila time aku je tak boleh? hina sangat ke aku ni? ape kau sorang ja ka yang nak pikir masa depan? aku ni? takde masa depan ka? (:


bukan aku marah. dak aih. mana da aku marah. cuma aku terasa hati. kenapa orang lain couple elok je. takde pun dorang nak sebok-sebok nak tanya pasal kawin. bila aku je , hmm. entahla. ke korang tak sabar tengok kitorang kawin? sebab kitorang terlalu suwit? okay. memang tak suwit. aku tahu. huhu. touching >.<


aku pun tak tahu nak cakap macam mana dengan perasaan aku bila orang duk tanya pasal ni. nak kata aku marah , memang tak marah. nak kata aku suka , tak jugak. entahla.


tapi yang pasti, aku rasa masih belum masanya lagi. sebab banyak lagi yang perlu aku belajar dalam hidup ni. aku taknak aku rugi masa & aku taknak menyesal dalam buat pilihan hidup. aku berserah. bila sudah tiba masanya, insyallah. pasti aku akan berkahwin jugak kan (:


okaylah. setakat itu sahaja luahan hati aku , sekian. salam lebaran semua!