Friday, June 24, 2011

utusan untuk cik bedah yang perasan bagus (:

semua manusia ada kekurangan. sama jugak cam aku. aku jugak banyak kekurangan. aku akui. so tak payah nak bising bagai la and nak kecoh tentang kekurangan aku ni wahai tenok sekalian. aku rasa ade la dalam dua ekor tenok ni yang sebok kecoh kecoh hal aku.

ekceli bukan hal aku je. hal orang lain pun. and dia ckp 'haaa. jangan bagitau orang lain.'

and orang lain pun bagitau orang lain supaya jangan bagitau orang lain and blablaa sampai mampos la gamaknye guna ayat itu. bedebah betul tenok ini.


aku kan bile tengok lelame muka dia .. halamak..


bajet-lawa-la-sial. mak tengok nak termuntah tau (:


ekceli mak dah muntah dah pun sebab dah tak tertahan lagi nak tengok muka tenok ini.


maafkan mak. mak tidak sengaja untuk bertindak sebagai emak yang kurang ajar untuk kalian. cuma mak dah geli geli lah. eheemmmm..


kalau-ye-pun-kau-lawa , takpayah duk mengata orang. diam diam sudah. jaga kecantikan ko itu. ini tak , duk kutuk orang tu- kutuk orang ni. apehal nye weh?

ko rase ko hebat kee ? ko rase orang takan jugde ko ke ?


HAHAAHAA. go to hell. opss. okay. mak mintak maaf. mak tak sengaja cakap cmtu. mak pun tak sempurna. tapi... kau lagi teruk dari mak. no class at all. 'tak boleh masuk majlis' bak kate orang kampung sebelah mak aku.


bila tengok luaran , ko nampak baik. bila kenal lame lame.. ghupenye cam gini pangai ko yeh? sampai ati ko. pedih hati aku bile dapat tau pasal ko.


duk sound sound orang cam gitu .. ingat orang tde perasaan ke bedah? thats why takde orang suka kan kau. walaupun kau cantik. ehem. cantik ke ? ke perasan je cantik? haha gulppp!


aku taknak cakap banyak lah. manusia semua ada perangai memasing. so pandai pandai la kawal perasaan ko tu bila ngomong. haha. ko duk citer pusing-pusing sampai jugak kat telinga kitorang. jangan ingat ko akan terlepas. akhirat jangan lupe. hihi.



ini barulah cantik. hihi. love you lisa.


sekian , wassalam. =)

Tuesday, June 21, 2011

terasa jauh.. hurmmm

okay. aritu aku dah janji yang aku taknak jiwang karat karat lagi kat belog nih. tapi tak boleh la. jiwa aku memang jenis suka meluahkan perasaan. aku tak suka pendam.


kalau ada maksalah pape je , mesti kawan kawan aku atau pun famili aku yang jadi mangsa. hihi. dengar leteran aku. dan juga pakwe aku :(


bukan apa. kalau pendam aku boleh sakit kepala bila duk pikir sorang-sorang. apa kata ajak orang lain sekali pikir maksalah aku. so takde la aku berat sangat nak tanggung sorang diri kan? haha. kejam tak ? taklah. sharing is caring. ahaks.


so nowdays , aku rasa sunyi. sebab sipakwe sibuk jee bekerjeeeee. arghhh damn. dah jarang text. kalau dulu asyik 24jam je handphone kat tangan aku. sekarang , 6 jam je dlm tgn aku (': sungguh menyayat hati. serius.

kadang kadang nangis jugak sorang-sorang. tak ke bongok aku nih? dia bukan gi mengatal pun. pegi kejeee. eeee. nak emo segala bagai? apeee laa ek ? :'(


dia pun dah marah aku coz asyik emo tak pasal-pasal. emmm :(


okay. aku kene kuat. aku kene kuat dalam semua keadaan. famili prob , chinta prob , study problemo. semua aku kene tolak tepi bab emo-emo nih. aku kene kuat!

&&

alhamdullilah... perkembangan terbaru mama aku dah sihat sikit. sama sama doakan beliau ye. harap semakin sihat hendaknye. insyAllah.


okay lah. kawan aku dah memekak ajak pegy makan. hehe. oke bye!



p/s : i dedicated this song for him (;

Sunday, June 19, 2011

time kecik kecik dulu (;

first of all. masa aku kecik kecik dulu aku suka tengok cerita animasi power rangers. kalau korang tahun 1990 and above mesti korang pun minat benda yang sama macam aku. hihi.

kalau citer power rangers start je mesty aku dan adik aku dan sepupu sepapat aku bergaduh nak pilih color yang kitorang nak. tapi aku asyik dapat color yang huduh je.
yang aku inginkan iaitu color pink mesty adik aku yang dapat. sedih giler. tak puas hati betul.



ni zaman kegemilangan power rangers. haha



pastu time aku dah besar sikit. aku suke tengok citer sailormoon. tak silap aku kat astro ria selalu main lah. aku sekolah petang waktu darjah dua. so boleh la tengok kartun dulu =) haha




dan yang selalu aku syok buat kat sekolah , aku suka amik makanan budak budak RMT ( rancangan makanan tambahan) eh? setiap pagi kalau tak silap aku. yang untuk budak budak yang tak berkemampuan dan so on tuh. aku selalu jugak rembat. sebab banyak yang lebih. haha. tapi time dapat air kotak cokelet tuh aku tak dapat nak rembat la. sebab cikgu yang selalu bagi dan air kotak itu memang selalu dalam keadaan terkawal. haha.


bila lonceng dah berbunyi menandakan waktu rehat sudah tiba. aku dan kawan kawan aku sibuk duk kutip batu. haha. batu seremban eh ? yang 5biji tuh. boleh jugak guna guli atau penutup botol. korang ingat tak? :D tapi main batu seremban ni memang dah best sangat dah. bukan macam sekarang kan psp , ps2, menatang kejadah apa lagi dorang ni kan. zaman aku dulu mane ade game-game advanced cmtu. huhu.




batu seremban. lambung dan tangkap. kan. hihi




bila jumaat dan sabtu je cuti ( untuk negeri terengganu la kan) aku dan keluarga aku selalu pergi tidur dan jaga nenek aku. nenek aku dah sakit masa tu. so bila duk kat kampung , aku suka main masak masak. curi periuk nenek aku kat dapur secara senyap senyap. ajak adik adik aku join sekali. hahaa. memandangkan aku yang sulung. dorang memang ikut je cakap aku. kihkihkih.


aku ingat lagi. aku curi telur ayam nenek aku dan aku amik lilin konon-konon lilin tu bile dah cair jadi macam minyak. apakah kejadah nye? itulah kecerdikan aku pada masa itu. dan adik aku pun makan lah telur yang digaul dengan lilin itu. haha =) sib baik dorang masih hidup sekarang ni kan. takde pulak dorang komplain sakit perut ke apa masa tu. hahaa

dan itu saja lah yang aku ingat. rasa nya banyak lagi kot. tapi sumpah aku rindu giler waktu kanak kanak aku. sungguh best dan kalau boleh, aku nak kekal jadi kanak kanak :( boleh? so korang lak acaneee ek ?


hihi. sekian , terima kasih. wasaalam.



p/s : rindu sekolah kebangsaan gong badak a.k.a skgb bestari =')