Saturday, December 29, 2012

terime kasih ya Allah :) Alhamdulillah....

ya Allah , dalam dugaan yang datang bertalu-talu mendatang.. akhirnya kau bagi aku seribu rahmat ya Allah...

dalam bulan disember ni , bulan yang paling bertuah bagi aku.

1) selamat menjadi tunangan orang , ehem to firdaus masri 15|12|2012 :)

2) Alhamdulillah.. penantian selama 3 tahun belajar. akhirnya Allah makbulkan doaku :) aku lulus dan berjaya menjadi jururawat berdaftar oleh kementerian kesihatan. lesen untuk menjadi jururawat ^__^



aku exam dalam 13|12|2012 haritu.. aku bertunang 15|12|2012 :) Masa yang amat dekat. bezanya hanya 2 hari. 2 hari koootttt. bedebarnyaa jangan cakap.


aku pada mulanya agak takut. takut tak boleh nak fokus. dengan kelam kabut nak bertunang lagi, macam mane nak study lagi.. masa tu aku gagahkan diri dan yakin InsyAllah.. Allah itu ada dengan ku.. kalau ada rezeki untuk ku, maka adalah ..

dengan usaha yang bersungguh-sungguh, aku study. lantak la hal tunang tu. yang penting aku fokus dulu. lagi pun keluarga aku amat membantu aku pada masa tu. tanpa keluarga aku , aku rasa tak boleh aku rasa nikmat macam ni.. diorang yang urus macam-macam.

kiranya, aku balik tu terus bertunang.cuci tangan je. ya Allah baiknya kan keluarga aku kan? Alhamdullilah ma , abah, kak asma, kak umi , didi and adik :) terime kasih banyak-banyak. nina tak mampu nak balas jasa kalian semua....

Tapi siapa sangka? Allah hadiahkan aku dua-dua selamat. berkat solat hajat. dan hari aku bertunang tu.. memang cuaca pun baik. tak hujan pun :) padahal masa tu terengganu hari-hari hujan. syukur tak terhingga. majlis berjalan dengan lancar..

&& terime kasih jugak untuk keluarga pihak lelaki.. kerana sudi hadir :') syukran jazilan... semoga Allah membalas jasa kalian juga.. InsyAllah...



can't wait :D lagi 5 months.. insyAllah.. akan di update lagi.. :))





Friday, August 3, 2012

elakkan rasa benci ini ya Allah :(

betul kata orang. hidup tanpa masalah memang bukan 'hidup' namanya. terlalu bahagia juga mempunyai risiko tinggi untuk tidak berpijak di dalam dunia yang nyata.lupa diri.lupa membuat persiapan diri bila jatuh dan bangun.

bila jatuh rebah terpaksa gigihkan diri untuk bangun sendiri. tanpa bantuan orang. puncanya sebab terlalu percayakan orang 100%. sampai lupa untuk tinggalkan 1% untuk diri sendiri (:

terkadang terasa diri terlalu bodoh. percayakan orang , buat baik. even nak pergi mana-mana mesty inform dia dulu. dia ( nama bukan sebenar ) ada pikir tak kita macam mana?

and kesalahan aku yang paling ketara ialah aku EXPECT dia macam aku. padahal dah terang lagi bersuluh kita tak boleh samakan dia dia dia sama dengan kita. aku buta. aku lupa.

hari-hari berdoa andai dia bukan untukku, jauhkan dia secara baik. andai dia untukku dekat kan lah kami secara baik. maybe tuhan sudah pun terima doa ku. maybe tuhan dah bagi hint yang sepatutnya. Allahu'alam.

perit di hati ku telan sendiri. agar orang tak tahu kesedihan ini. salam :)


Tuesday, June 12, 2012

call me maybe , wassabi :p lol

first time tengok wassabi production dekat youtube terus jatuh hati. haha. dorang kelako sangat. lets cekitdout.


this is the original videoooooo :)




this is the wassabi production :') hahaa. cute plus kelako miahahaa







last sekali cara dia 'napas' tak tahan tu. euwwwww! haha.


emmm keyhhh byee! :DDD

Tuesday, June 5, 2012

hello June , please be nice to me :')

assalamualaikum diari...


dah lama tak taip di sini. rindu pun ada. bukan apa, hidup aku agak tidak menentu sejak dua menjak ni. macam-macam perkara yang berlaku. tetapi , mostly cerita yang sedih yang tak dapat aku kongsi di sini. biarlah orang yang terdekat sahaja yang tahu.

luka yang di kelar , aku sengaja biarkan ianya sembuh sendiri. aku percaya, ia akan sembuh. mana pula, manusia macam aku mudah lupa. cuma memerlukan masa. masa sahaja yang akan menentukan segalanya. tiada guna berdendam ianya akan memakan diri sendiri nanti.

kita hidup memang memerlukan orang. manusia sememangnya akan menyusahkan orang. even nak mati pun , masih lagi menyusahkan orang. tetapi kita hidup MEMANG tak boleh bergantung dengan orang. betul. tak tipu.

kadang-kadang kita selalu bergantung dengan orang, sampai lupa diri kita ni tak patut macam tu. kalau kena kat diri aku pun, contohnya kawan aku ni kedekut gila.. even bab makan pun mengira. sekali dua , boleh lah aku tanggung. lama-lama, aku hulur kaki aku dulu lah jawabnya.

ini adalah peringatan untuk diri sendiri juga. dan boleh dibuat teladan. chewahhh haktuih :')

okay. dalam sedih sendu yang berlagu tu , masih ada lagi yang menjadi penceria suasana aku. siapa lagi , si dia yang ku rindu and sayang la. hihihi. terima kasih masih sudi luang masa untuk memberi nasihat, mendengar bebelan, memberi petua. memandangkan dia tua. dia lebih tahu. ngeeee :D opsss soryy. jangan ''maghah'' :p

tadi dapat mesej dari dia. cincin tunang sudah sampai. aku pun macam... erkkk. really??? >.<'

ohmaigod. eksaiteddddd sorang-sorang. hihihi. tapi taknak bising dulu lah. biar rehsieee dulu. tarikh tunang pun belom konpom. tapi dia beli awal supaya senang nanti.

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :D







heppi sangat tetibaaaaa kannn :D tadi sedih bukan main macam nak paling-paling buntot. hihi.

dulu kan masa kechik kechik dulu , aku cakap dengan mak aku yang aku nak kawen masa umur 17 tahun. gila gatai aku dulu. and aku cakap kat mak aku tuh, bakal laki aku orang johor. hahaha. tapi nak buat cmne takde la orang johor nak kat aku kan. ngee.

tu mak aku la yang cerita balik. tak ada masa aku nak reka citer. and aku sekarang syukur la kalau jodoh aku dengan orang terengganu pun. orait apa. nanti raya tak payah nak pusing kepala nak undi bagai. hehehe.


actually cincin ni aku tak dapat pun lagi. tarikh tunang pun tak tau lagi kan. tapi insyAllah tahun depan. tahun depan aku umur 22 tahun. dia pulak umur 27 tahun. errkkkk. tuaaa ;p tapi dia selalu bajet dia umur sebaya dengan aku. menciii.


apa-apa pun terima kasih sudi memilih saya untuk dijadikan isteri. InsyAllah dengan izin-Nya. sama-sama kita doakan. okaylah. aku sebeno nye esok final exam. tapi boleh pulak nak online. dushhhhhh! tampo dahi sendiri laju-laju. tataaaa.

Wednesday, March 28, 2012

aurat

sekarang genap satu tahun pakai tudung. ya Allah. BOLEH PUN AKU MENUTUP AURAT. kan?


dan aku akui. nak menutup aurat ni bukan senang. maksud aku, dugaan tu memang ada di sekeliling. tengok orang yang rambut dia *dye* kolor warna blonde + cooper + dark brown memang terasa teringin nak *dye* jugak dan lepaskan rambut yang sedang bersarung ni. astgfirullah.

tengok orang curl kat rambut , nak jugakkkkkk. rinduuuuuuuuuuuu kata hati ni. astghfirullah.


tengok orang buat rambut straighten. ya rabbi , nak nak nakkkk! astghfirullah lagi.

masalahnya berapa kali aku nak beristighfar ni? sesungguhnya nafsu syaiton nirojim ni memang kuat. masyAllah.


dulu sebelum bertudung. bukan main payahhh betol aku nak bertudung. walaupun dah dipujuk oleh sang emak. dipujuk oleh sang bapaks. dan dipujuk oleh semua orang. tetap jugak pertahankan dengan ayat klise gadis melayu yang taknak tutup aurat " ala. aku taknak hipokrit lah. belum sampai masanya lagi. tunggu lah masanya akan tiba nanti".

padahal ni memang wajibbal-ghunnah. wajib. tak ada jawapan dan alasan untuk tidak menutup aurat. tapi itulah. degil aku bukan nak dengar nasihat orang.

tapi kalau nak dikira balik. aku dah pernah buat dengan rambut curl , straighten , colour warna warni pelangi bagai. aku rasa dah cukup dah. buat apa aku nak buat lagi? semua aku dah pernah buat. apa lagi yang aku nak selain menutup aurat ni? lagi pun aku malu jugak tengok budak kecik pakai tudung pergi kenduri kawin sambil senyum dekat aku. cam perli pun ada.

tak ke malu tu?

&& apa-apa pun aku percaya dengan hukum karma. kita susah nak dengar cakap mak bapak kita. nanti anak-anak kita pun sama la macam kita :) what goes around comes around.


nak pulakkkkkkkkkkkkkkk aku cam gitu? hahaha. taknakkkkk! :(
aku pun dah terbayang di minda. walaupun aku macam rockers. tapi jauh dari sudut hati aku nak anak-anak yang soleh & solehah. dengar cakap. pandai mengaji. sembahyang cukup. nanti kalau aku mati kan senanggggg ada orang tolong mandi kan mayat aku :')

takan kita ni muda je . sampai satu tahap akan mati jugak. dan alhamdullilah. berjumpa dan kenal dengan firdaus ni banyak mengubah aku sebenarnya. walaupun dia tu tidak lah alim mana. tapi tentang agama dia agak kuat . tu yang aku suka.


&
aku harap perubahan ni akan bertambah lebih baik. nak sembahyang biar cukup. mulakan dengan buku baru. Ya Allah , kau kuatkan lah iman ku ini yang senang rapuh ini. amin

Sunday, March 25, 2012

bismillahirahmanirahim..



assalamualaikum (:
dah lama gila tak bukak blog ni. nasib baik password masih ingat. haha.

macam mana nak mula ek. ingin menyentuh bab perkahwinan. aku dan dia dah kenal hampir 3 tahun. alhamdullilah. suka duka bersama. pahit manis masam kelat semua dah aku lalui dengan dia. dan semalam 24march2012, kami keluar dating.

keluar dating sebab minggu depan aku kena pergi praktikal di jaybe. so baliklah kampung. alang-alang tu memang dah jadi kewajiban untuk aku jumpa dia. hihi.

pergi dating di kfc , batu buroks. then pergi kedai mak angkat dia. lepak-lepak bagai. and one of this girl memang annoying gila! buleh pulak tergedik-gedik tegur pakwe aku nih. nak je aku jerkah 'oi aku ada ni. give me some respect please!?'

dah la tua. umur perempuan tu dalam 28-an plus plus kot. gemoks. tergelek-gelek masuk kedai and bajet kiyut plaks tuh.arghhh. menyampah.tapi aku masih senyum senyum kat pakwe aku. memang aku tahu pakwe aku tu tak tahu ape ape. yang sakit hatinya aku. ini dikira bukan cemburu buta okay? kalau korang acane?

dah. sakit hati pula bila ingat. nak cerita bab lain tapi teringat pulak dah sal minah ni. hurm. and kitorang pun balik. time tengah ontheway hantar aku tu . dia tnya aku ' ayang , nak bertunang tak?' 'bila kita nak bertunang?' something like that.

aku pun dengan hati yang masih panas tadi. just menyampuk jelah. 'elehhh, sembang boleh la. bukan nak bertunang pun kannnnn '

dia dengan muka pelik tengok aku. 'abang serius'. dan aku pun macam sebak gila. walaupun dia takde sujud kat kaki aku or melamar aku bagai. tapi dengan sedikit ayat tu pun aku rasa sangat hepi , sedih and terharu.

actually sebelum ni memang ada kami bercakap sal nak bertunang. tapi masih tunggu masa yang sesuai. sebab aku rasa macam belum bersedia nak bercakap sal ni. tapi sekarang aku rasa macam 'let's do it honey! :) '.

aku mengaku. dulu dia pernah buat kesilapan besar. sejak tu, sukar aku nak percayakan dia. tapi masa mengubah segalanya. dia pun dah berubah. so do I. aku boleh nampak kesungguhan dia. and seriously dia memang tak kedekut pun dengan aku. itu penting haha :P and dia baik. taat ibubapa dia. buatkan aku jatuh hati.

aku rasa lain dengan aku couple dengan yang sebelum ni. aku rasa dia boleh bimbing aku kejalan Allah. dulu aku tak pakai tudung, and now look at me :) dia jaga solat. family aku pun sangat suka kan dia. =)


tapi dalam sudut hati aku , betul ke dengan pilihan hati aku ni? ya Allah berilah aku petunjuk hidayah mu. lagipun aku memang takde layan lelaki lain selain dia. dia je kawan lelaki yang aku ada.

dan dalam ontheway tu dia suruh aku set jari dia tanda setuju. haha. cam budak-budak kan? dalam sebak tu aku set la jugak. ibu jari berjumpa ibu jari dia. hahaa. dia macam beria-ria sangat. nak bajet-bajet hantaran. ya Allah ni lah saat yang aku tunggu. di saat semua perempuan tunggu bila dia dah sayang lelaki tu. betul tak?

haha. hilang terus pasal minah tadi. aku percayakan dia. no more ragu-ragu :)

aku habis belajar bulan 12 tahun ni. so taknak ganggu mystudies so Insyallah dalam bulan 1 tahun depan selepas aku habis belajar, kami bertunang. katanya dia tengah kumpul duit =) insyallah. semua masih dalam perbincangan lagi. tak boleh nak hebohkan lagi. mak dia pun dah tahu. mama aku happy dengar. doakan aku bahagia, kawan ;)


p/s: sabar ye families. kaknina akan cakap juga nanti. bagi sape yang baca ni. diam-diam sudah ;)



Friday, February 3, 2012

lebih ceria :')

salam diari ku. sudah lama ku menghilangkan diri. bukan aku tak rindu , cuma aku busy dengan aktiviti harian. nak curi masa pun agak sukar sekarang nih.


and sekarang aku dah tukar background blog ini , so lebih ceriaaaaaaaaaaa! :D

dan semangat nak menaip pun maybe lepas ney akan meletop-letop. ececehhh :P


Insyallah. okaylah. aku letih sangat malam ni. long journeyyyyy! k.lumpur - terengganu.

so goodnyteeeee ! esok insyallah aku hapdet belog ! muah * muah*


bubyeeeeeeeeeeeee :')