Monday, July 4, 2011

for the first time meet bakal mak mertua. ohmaigod.

muahhaahaa. bakal ke ? bakal ke ? :p sila muntah sekarang. hihi. insyallah. bakal la ek. amin ya rabb :)


ini cerita semalam punya semalam. sabtu. macam biasa , aku takde masa nak update laju-laju. so sekarang tengah free. boleh la cerita. kata diary kan. mesti lah nak kongsi semuaaaa. hee.

cerita nya begini. pada pagi yang indah dalam pukul 7.30 pagi. sedang aku duk guling-guling atas katil sambil online fesbuk , mesej dari encik yayang asyik sampai je dalam 4 keping mesej. dalam hati aku berkata 'elehhh! nak pujukkk lahtuwww. nyampahhh!!' dengan nada yang sedikit marah marah manje. hikhik.

aku tengah badmood dengan dia masa tu#

aku ingat malas nak balas mesej dia. tapi kesian lah pulak. lagipula handphone aku out of kredit. lagi la kemalasan aku menjadi jadi. tak lama lepas tu , dia mesej lagi. nak taknak, aku curik la kejap handphone mama.

' owang tade kredit la. dah bangun dah ni. nape?' ececehh ngade lak aku. haktuih. konon majuk. ihik.

dia pun terus call. ajak keluar. dah la awal lagi masa tu. cam malas lah aku kan. dahla tak mandi lagi. tapi , nak taknak aku bersiap jugak. dan keluar lah kami berdua dengan jayanya.


lepas breakfast , kitorang cakapcakap dengan dia duk syok bercerita. lama lah jugak. mood aku pun dah okay. haha. puihhh. then dia ajak aku jumpa adik dia. sebab dalam adik beradik dia yang sorang ni je aku belum jumpa. nama adik dia aisyah. hye aisyah! hihi.

amik adik kat sekolah. adik dia ada kem katanya. lepas tu aku ingat nak hantar je adik dia aisyah tu. kiranya ingat aku duk lam kereta je lah kan. tapi rupe-rupenya dia terus bawak aku ke rumah dia. dan suruh aku turun.

emak dia dah terjenggul kat pintu. adohaii. dengan segan silu dan malu-malu aku berjalan masuk rumah dia. dalam hati tuhan saja yang tau bertapa gemuruhnya hati aku ni. dahla pestaim. memang nak jee aku tumbuk dan bersilat dengan pakwe aku masa tu. cishhh.


dahla aku berseluar jeans. aduhai. not nice lah kan? atleast berbaju kurung ke , jubah ke. baru lah menambat hati bakal mertua. kah kah kah. ni semua angkara pakwe aku yang bongek! eee. nak je aku rejam dia hidup hidup. tapi nasib baik aku bersabar. haha.


emak dia tu kira baik la. sengih sengih tengok aku. hihi. dan aku sengih sengih balik. mak dia pendiam orang nya. begitu juga dengan aku. so? aku tanya sepatah , mak dia jawab sepatah. sengih sengih lagi. haha. sampai ke sudah. adoyy.


makin lah segan aku. bukan itu sahaja , pakwe aku siap keluar dan meninggalkan aku kat rumah dia selama 2 jam. cilanat. tinggal lah aku dengan mak dia dan adik-adik dia. haihhh. memang saje nak kene kan aku lah tuuuu. geram aku.


tapi so far okay lah. no komen. haha. tapi perasaan takut tu ada. boleh terima ke mak dia dengan aku ni? okay ke aku ? berpuluh puluh soalan bermain di benak fikiran aku. tapi pakwe aku cakap mak dia okay je. haha. harap harap ek. adoy.


pape pun aku heppy. akhirnya bertemu jugak dengan mak dia ni setelah 2 tahun kapel. adeyh. payah betul aku nak jejak kaki ke rumah dia. haha. bukan apa, aku takut. hee.


aku cerita kat mama aku , mama aku senyum je. senyum senyum macam ada makna. hahaa.



oke , sekian terima kasih. =) oke bye!

Sunday, July 3, 2011

aku benci minah cappital A ataupun a.k.a bedah ;)

assalamualaikum :)

banyak cerita yang aku nak cerita. tapi satu satu lah ek. hihi.

okay. ini citer dua tiga hari yang lepas. tapi baru nak update hari ni. sebab kesibukan melampau-lampau. kalah artis uuuuu. haha. eh tade la. sibuk dengan famili. kalau duk ghumah memang susah nak update belog sebab jadual padat gitu. (padahal ade korang kisah kan? aku update kew tak ke. tak jadi kudis gatal pun kan. oke fine)

* dan entri ni sedikit keanak-anakan. sori to say. kalau tak suke , tekan je pangkah oke sayang sayang? hee.


ekceli aku malas nak mengaibkan orang. tapi. biarlah. hati aku benci ngan minah ni. lantakla kan. hahaaa :P

once a upon the time.. minah ini aku nama kan dengan nama 'bedah'. haa. hotkan name ni? memang. haha. oke. aku memang tak penah jumpe dengan minah ni oke. never ever dan tanak jumpe pun. tapi pakwe aku penah la jumpe minah ni. sebab bedah ni bekas awek kawan dia. so penah kot lepak togeder geder ramai-ramai gituu kan.


tapi ni tiada kaitan pun dengan bf aku. ni perihal aku dan dia sahaja.

so aku kenal pun dalam fesbuk jela. oke. aku nak citer pun pasal fesbuk je ni. dia couple ngn kawan bf aku pun tak lama. sebab apa mereka break-off pun aku tak pasti la. malas nak amik tahu.

lepas dia break ngan kawan bf aku nih , dia macam selalu la komen-komen status bf aku ni. asyik muka dia je yang naik kat wall bf aku ni. tapi takdela pulak aku nak jeles ke ape masa tu. masa tu dia belum add aku jadi friendlist dia. dan aku ngan bf aku pun tak buat status bersama pun lagi. walaupun kami masa tu dah hampir setahun kot couple. sebabnya masing-masing malas nak buat. dan masih-gatal-gatal nak cari yang lain lagi waktu tu. haha. waktu tu sahaja okay :p

then , tak lama tu. kitorang pun buat status relationship bersama. ala. macam couple-couple sekarang ni la. sampai la sekarang. then lepas tu si bedah ni add la aku. tapi bukan lah bedah ni nak berebut bf aku tu dari aku. ni pasal nya dia tu suka tiru aku. aku pun tak pasti la kenapa.

first-first dia asyik tegur-tegur aku je lam fesbuk. okay. aku layan la dengan cara baik. katanya nak berkawan. oke fine. lagipun dia tu perempuan. so tadehal la kan. aku open je. then tukar-tukar number phone. cam pelik dah tapi aku rilek je dulu.

tak lama lepas tu , style dia dah macam style aku lah pulak. mula-mula aku ingat perasaan aku je yang perasan kan. haihh. aku biar jela. tak lama lepas tu. aku upload gambar aku yang edit. tak lama lepas tu dia pulak upload gambar dia. aihh gambar dia tu memang totally sama je macam yang aku edit. okay fine. takpe lagi ( kalau boleh aku nak je upload gambar dia dengan gambar aku kat sini supaya suh cari perbezaan. haha , tapi mengaibkan orang dosa kan. so takpayah la kot)


dan aku tulis kat info aku mengenai diri aku. aku cube lah pulak cekedaut yang dia punya. fuuhh! sama babe. sumpah woo. cuma tukar nama je. halamak. aku dah hot sikit. bukan apa yang aku nak hot kan, aku tak suka orang tiru-tiru. menyampah la weyy. macam aku punya fesbuk asyik di skodeng oleh dia je. haha. damnnn!.

aku pun malas nak layan dia, so ape lagi weh.. aku try delete dia. pastu dia add balik. aku delete lagi. haha. dia add balik. and aku approve. tak lama lepas tu , dia add lagi dan lagi. sampai la aku approve. lame jugak la aku nak approve tu. tapi dia setia menunggu. haha. gila tak? memang gila! takut aku dibuatnya =.=

then aku buat status ini ,



* p/s : dia like status aku wooo. adakah dia terasa? jeng jeng jeng



tak cukup dengan dia like. tiba-tiba dia remove aku. hahaa. ada aku kesah? dia remove aku menunjukkan dia tu terasa letew. kalau tak terase , kenapa nak remove bagai? buat rilek sudah. kan. dahla bersusah payah dia add aku banyak kali. tiba-tiba nak remove pulak. apa motif?


hahaa. dan aku tahu. mesti dia baca blog aku. sebab aku dapat rasakan. hahaa. oi. skodeng ea? blueekk. terus kau hide button 'add' kau ek. napeee ? takut leteww.


padan muka. sapa suruh cari pasal dengan aku. haha!

aku cuma tersenyum lebar sekarang ni. muahahahaa :D good for you la bedahhhh. i likeeeee. haha. oke bye!


p/s : bukan aku je yang perasan, tapi kawan-kawan aku pun sokong tauu. dia dah tengok fesbuk bedah ni. hikhik. try la add ea bedah ni. tapi dia hide button add dia. tapi try je la ek. haha. kepada sesiapa yang tahu jela. sekian. wasalam =)