Saturday, February 19, 2011

gaduh-gaduh manja



okay. tadi kitorang dating. dah la dia lambat datang amik aku. memang buat aku panas. makeup pun dah cair tauu. heh. and kitorang pergi mayang village dulu. dah tade tempat nak lepak la bhai. duk kat kedai mamak. makan for lunch. makan punya makan , dia tengok aku. sengih. aku tengok dia sengih. senyap. and lepas saling sengih-sengih akhirnya dia mulakan percakapan ; dia cakap dia ada baca blog aku. ye. dan dia gelak gelak --' dia cakap kelakar ( okay memang dia tipu. nak menganjing la tuh) sungguh buat aku rasa annoying and mood aku terus hilang serta merta. nasib baik dah abis makan. hmm. kalau tak , memang aku takde mood nk makan.
maybe la kan aku takan makan . or aku makan sikit and buat buat kenyang. atau tinggal sikit makanan tuh nak tunjuk aku tengah merajuk. or makan laju laju sampai habis! . ( okay aku merepek lagi. sorry ) okay and dia

komen pasal entry aku yang ' love guys who smell good' . maybe dia salah faham.
yelah aku pun satu. ade ke patut tulis macam tu ? kenapa la aku tak fikir dulu awal-awal? tapi sebenarnya tade apa pun yang patut dia jeles. aku open je. maksud aku, takde niat lain pun. tak tipu. tapi maybe dia terasa kowt ? yelah. okay. aku mengaku. aku salah sikit. sorry. memang tak patut. hmm

and. pasal aku merepek pun dia ada komen. grrr. pasal yang aku puji dia pandai mengaji kowt ?entah. padahal dia bangga. konon cakap kelakar kan. eleeh. tapi, banyak menda nak komen ?
aku menangis. yee. and memang aku sedih kowt. harap dia faham. and campur dengan malu sekali.malu sangat. malu laaaa. maluuu laa gilee ! takan tatau kowt ? haihhh
menangis jelaa yang aku mampu. ( saje buat dia rasa bersalah) hehe
padan muka ! hah. terus dia kelam kabut. muahahaaa. sukeeee. tapi muka still cool.
walaupun air hingus terkeluar. aku buat muka cool.


tapi , tak lame lepas tu. kitorang okay balik. haha. kejap je drama. heee. taknak lame-lame.
esok kan dah nak balik kl. t kang rindu pulak. muahahaaa. okay dah.


tu je yang aku nak citer. harap-harap dia baca lagi. tengok cmne reaksi dia? heh =P


p/s : esok balik kl ? whutt the fish ? taknakkk! =(


mama oh mama

lately ni, aku jarang update blog. yelaaa busy dengan aktiviti keluarga la katakan. dah la jarang balik rumah kan. so sekarang tengah cuti pertengahan sem satu minggu la adew kat rumah. memang semua benda nak buat kan. makan pun free je. makan banyak mane pun. free je. mama tak mintak bayar. baru aku tahu nikmat adew keluarga. syukur alhamdullilah. tapi bile balik kl , mane boleh makan makanan yang best best lagi dah. makan pun ala kadar. jimat la katakan. sedih. isk..

dah dah. point yang aku nak cakap kat sini adalah mengenai mama aku. ee skema ayat aku kan. pergh. haha*

hal mama aku ni kan , hurmmm. seminggu aku kat sini, tak usah nak cakap la. dia sekarang asyik batuk-batuk. aku risauuu gilee :'( kadang-kadang time dia batuk tuh kan , smpai terkeluar air mata. lagi pulak , dia memang adew banyak penyakit. which is , jantung , asma , kencing manis , darah tinggi , paru-paru berair , and boleh dikatakan mama memang obesiti. apabila dah ada masalah dengan jantung , time dia batuk-batuk tuu terus dia akan semput. tu yang merisaukan aku. DAN MASALAH YANG PALING AKU TAK BOLEH TAHAN , DIA SUSAH NAK MAKAN UBAT. omaigoddd. sabarrr jeeee. aku nak marah-marah pun , kang nanti cakap aku anak derhaka pulak kan. so aku tegur cara baik- baik. tu pun susah. yang hairan nya , mama aku bekas 'sister' ( ketua jururawat ) tapi kenapa dia sendiri yang susah nak makan ubat ? bagi kat pesakit dia pandai pulak. kan ? tulaah pasal nye. aku pun tak faham. dan takan faham dengan perangai mama aku ni. sungguh.


dan ;


apakah yang dimaksudkan dengan heart failure ? ( penyakit jantung )

adalah kondisi di mana jantung tidak dapat mengepam darah ke seluruh badan.

hal yang terkait dengan mama aku adalah disebabkan beliau ni obesiti. dah bile ade banyak lemak yang terkumpul , ofcourse la saluran darah, pernafasan menjadi semakin sempit dan sempit. punca yang utama adalah OBESITI. berat badan yang berlebihan. sebab obesiti je, penyakit 3serangkai boleh datang. darah tinggi, kencing manis, dan jantung. sebab tu la , lam tv duk cakap makan lah makanan yang seimbang. iklan sana sini. jaga berat badan dan blablabla laa.

ni video dari zaman aku kecik lagi ;




haaa. betul tak ? hmm.
bile aku tengok je mama aku.. dia memang kuat makan. sah. memang sah.
and exercise entah kemana. asyik nak tido je lepas makan. aku bukan nak mengaibkan mama aku. tapi ingin berkongsi masalah... haihh.. susah betul nak betulkan beliauuuu. aku pun dah pening. kalau pegi check dekat hospital tu , konpem la kene tahan dekat wad. hurmm entahla. sekarang aku cuma mendoakan semoge mama aku panjang umur. dan penyakit kencing manis tu , bukan mama aku je yang ada malahan, abah aku pun ada. bukan stakat abah aku, tapi nenek and datuk aku pun memang ada. and nenek aku meninggal disebabkan penyakit kencing manis ni. atau dalam bahasa science 'diabetes'. ni penyakit turun and temurun jugak. adakah aku pun berisiko ? errrrr. yes, kalau aku tak jage pmakanan. ya allah. takuuut sangat sangat. aku sekarang dah start nak diet balik. mintak dijauhkan dan sihat walafiat hendaknya. insyallah. dan semoga mama ku baik baik saja . hurrmm......

Tuesday, February 15, 2011

salam maulidul rasul yuuuu allsss :D


weeeeeee :D cuaca hari ini sungguh baik. aku pun ada mood nak snap picturee* hahaaa. banyak lagi picture . tapi mls nak uploadd. biaa la dlu. and salam maulidul rasul yeeee allss. jom kite berarak beramai-ramai ! :D