Thursday, August 18, 2011

kecik hati #

asyik ulang yang sama je. kau takde dialog lain ke ?

apa kau ingat kau tak pernah buat dose ?

kau ingat kau baik sangat ke selame ni?

susah sangat ke kau nak maafkan aku?

kau tak patut hukum aku camni!!

kau tak layak hukum aku camni.....


selama ni aku banyak bersabar dengan kerenah engkau!

kalau nak di ikutkan sakit hati aku ni lebih dari apa yang kau rasa.

pedih hati aku ni lebih teruk dari engkau. hancur luluh hati aku ni.

tapi , aku sendiri yang ubati hati aku. harapkan kau? haram.


aku pun ada hati dan perasaan. bukan kau je yang ada.

kalau kau rasa aku tak sempurna , kau boleh pergi.


sekian....



Tuesday, August 16, 2011

kantoi # bukan salah aku.

semalam , aku bergaduh dengan sijantung hati (sila muntah sekarang) sebab nya aku ter 'kantoi'.

tapi, bukan salah aku?? salah fesbuk yang gile! arghhh =.="

boleh kantoi sebab pakwe aku memang ada password fesbuk aku. kitorang memang takde rahsia pun hal password-password ni. dia ada yang aku , aku pun ada yang dia.


so kadang-kadang bukan aku yang online. tapi dia. dan juga sebaliknya lah.


# time kantoi tu pukul 5.30 am. selepas dia kejut aku bangun sahur. dia pergi online. dah lame dia tak online sebenarnye. then.. terjadilah pergaduhan besar apabila kantoi.. sadisssss!


haritu aku ade chat dekat 'im' fesbuk dengan kawan lama aku.lama okay.


first day bulan puasa kot. aku chat la ucap selamat berpuasa ke ape ntah. aku lupa.
tapi dia ni bagos tau. selalu bagi aku nasihat supaya jangan brakeup dengan pkwe aku ni.
kira bagi semangat la kat aku bila aku down atau bergaduh dengan pakwe aku ni.
aku dah kenal dia sebelum aku kenal pakwe aku lagi aku memang dah kawan dengan dia.
tapi belum pernah berjumpa la.

walaupun satu kampung. entah kenapa payah sangat nak jumpa dengan dia tu.
errr. dia tu kawan lelaki la. kawan je okay. aku rasa aku dah delete im aku dengan kawan aku tu.
tapi entah kenapa fesbuk gila bin tololol jadi ada balik apa yang kita chat-kan tu. eh? asal tak hilang je ek? sedangkan aku dah delete! delete semua dah. ni buat aku hot ni! grrr.


okay. yang keduanya. aku rasa aku tak salah. sebab aku takde pulak im gatal-gatal so ever tu.
biasa je kot. aku ajak dia datang beraya umah aku. salah ke ? ke aku over ? aku pun tak pasti :/
k-a-w-a-n jee kot. hmmm.

yang ketiga nya, ada lelaki lain pulak chat dengan aku. dan aku balas. aku pun tak tau la kenapa aku balas. tapi time tu aku tengah syok men game lam fesbuk. aku balas biasa biasa jeee.
tapi dia ni jeles entah kenapa. angin satu badan. marah marah aku.


uihhh marah betul dia. siap update status dekat fesbuk dia cakap yang aku curang bagai.
memang tak patot. sebab aku takde nya nak curang curang. kita bukan makin muda.
umor dah beso panjang. takan nak jadi cam budak hingus lagi nak curang curang?

not mytype at all okay -.- ( dah berubah, harap maklum semua)


so aku pun calling-calling sijantung hati ni. tapi dia merajuk.broken-heart la konon.
aku tak henti henti mesej dia. then, aku pun dah penat. aku pun reti penat tau.

aku stop mesej dia. aku biar jeeee. aku mendiamkan diri. walaupun dalam hati aku ni berdebar.


then, lagi dua minit nak azan waktu berbuka je, dia antar mesej. suruh aku berbuka elok-elok.
dalam hati dah senyum dah* :D sayang jugak dia kat aku kan? keh..keh..keh..


tapi.. dia mesej aku okay sekejap je.. dia masih sakit hati lagi kot. dia asyik perli perli aku je.


tapi aku redha je. sampai la satu tahap itu.. dia telefon aku. dia perli aku lagi. aku pun menangis.

cissss. manja sioot. tapi apa boleh buat brader. wa kaki jiwang oooo. heheh.

selepas 15 minit menangis..


aku pun anto la mesej at dia ; kira aku macam dah giveup la. kalau dia dah taksuke aku, apa lagi yang aku boleh buat. kan? so aku pun mesej dia camni..




abg dah tak suke at ayg ke ?

then dia reply..







suke lg.. i'll gve u one more chance...
- 10.33 pm









sekian terima kasih. * LOL*





p/s : first time bergaduh sehari je. catat rekod. biasanya 2, 3 hari baru berbaik balik. haha. okay. mungkin rindu kot tu sekejap je. sekejap pun tak sekejap kan. dari subuh pagi sampai lah pukul 10 setengah malam. perghhh. okay bye.

Sunday, August 14, 2011

10 ciri-ciri lelaki idaman neena.

gambar hiasan * :D



1) suka berlawak.

aku memang suka yang jenis camni! aku pun kira suka buat lawak, kalau dapat yang jenis lawak juga memang ngam dengan aku. boleh satu kepala :P


2) manja.

auwwww. manja tu jangan over sangat. manja ikut time la. hahaa. kira best jugak. hihi.


3) tinggi.

haha. aku memang suka yang tinggi! sebab aku pendek. takan nak cari yang pendek jugak? terbantut la anak anak aku nanti. muahahaa :D oh for your info , semua ex aku tinggi. kecuali sorang tu je pendek. tu pun aku dah putus cepat-cepat. tak ngam!

4) kurus.

hehe. maksud aku bukan kurus yang biasa biasa sedang tu. tapi kurus extreme punya pun takpe. haha. memandangkan aku ni berisi. so aku suka yang kurus. bagi aku yang kurus ni cute! sekeping. haha. i like ;p jangan tanya aku kenapa. sebab aku rasa comel sangat lelaki kurus ni.


5) kuat agama.

ustaz aku cakap , kita kene cari pasangan kita yang kuat agama. supaya nanti senang dia boleh bimbing kita. kalau kita ni jenis yang agama kurang , cari pulak yang kurang.. memang lalai la jawab nye. gitu lah kata kata ustaz ku. aku pun sokong lah.

6) kemas.

perempuan mana tak suka lelaki yang kemas kan? potong kuku aku ni kalau ada yang suka! :P

7) ada janggut sikit-sikit.

sukaaa. nampak jambu. tapi jangan serbai macam hutan rimba pulak, kang ada kutu kang susah!

8) tak baran.

jenis yang bukan baran. jenis bukan kaki pukul and so on. tapi kalau garang sikit sikit tu kira cool jugak la. hihi. nampak jantan sikit.

9) suka kan budak budak.

mama aku cakap , kalau nak cari suami.. kene cari lelaki yang suka budak budak. nampak penyanyang. ngade ngade mama aku kan. hehe.

10 ) romantik!

kaki jiwang jugak aku ni. ala. jiwang skali skala pun okay. romantik pun best. kalau sidia bagi bear pun dah kira romantik. lalalaaa :P



haaa. tu je. sekian , terima kacheh :D


p/s : midterm selasa. bila nak study ni?? tadi duk men game. sekarang boleh update belog pulak. waaaa. oke bye!