Saturday, December 29, 2012

terime kasih ya Allah :) Alhamdulillah....

ya Allah , dalam dugaan yang datang bertalu-talu mendatang.. akhirnya kau bagi aku seribu rahmat ya Allah...

dalam bulan disember ni , bulan yang paling bertuah bagi aku.

1) selamat menjadi tunangan orang , ehem to firdaus masri 15|12|2012 :)

2) Alhamdulillah.. penantian selama 3 tahun belajar. akhirnya Allah makbulkan doaku :) aku lulus dan berjaya menjadi jururawat berdaftar oleh kementerian kesihatan. lesen untuk menjadi jururawat ^__^



aku exam dalam 13|12|2012 haritu.. aku bertunang 15|12|2012 :) Masa yang amat dekat. bezanya hanya 2 hari. 2 hari koootttt. bedebarnyaa jangan cakap.


aku pada mulanya agak takut. takut tak boleh nak fokus. dengan kelam kabut nak bertunang lagi, macam mane nak study lagi.. masa tu aku gagahkan diri dan yakin InsyAllah.. Allah itu ada dengan ku.. kalau ada rezeki untuk ku, maka adalah ..

dengan usaha yang bersungguh-sungguh, aku study. lantak la hal tunang tu. yang penting aku fokus dulu. lagi pun keluarga aku amat membantu aku pada masa tu. tanpa keluarga aku , aku rasa tak boleh aku rasa nikmat macam ni.. diorang yang urus macam-macam.

kiranya, aku balik tu terus bertunang.cuci tangan je. ya Allah baiknya kan keluarga aku kan? Alhamdullilah ma , abah, kak asma, kak umi , didi and adik :) terime kasih banyak-banyak. nina tak mampu nak balas jasa kalian semua....

Tapi siapa sangka? Allah hadiahkan aku dua-dua selamat. berkat solat hajat. dan hari aku bertunang tu.. memang cuaca pun baik. tak hujan pun :) padahal masa tu terengganu hari-hari hujan. syukur tak terhingga. majlis berjalan dengan lancar..

&& terime kasih jugak untuk keluarga pihak lelaki.. kerana sudi hadir :') syukran jazilan... semoga Allah membalas jasa kalian juga.. InsyAllah...



can't wait :D lagi 5 months.. insyAllah.. akan di update lagi.. :))