Wednesday, July 27, 2011

ptptn part3 # hopeless# tired # sad

assalamualaikum ..


#masih lagi perihal ptptn.

dengan perasaan yang gementar, berdebar, pucat, tangan pun dah beku , tapi aku gagahkan juga kaki aku untuk melangkah hari ini untuk mendapatkan result ptptn aku.

hari ni aku sekali lagi berjumpa dengan kakak ptptn tu (bahagian kolej). nama dia syarifah. akak syarifah suruh aku check online untuk mengetahui sama ada result aku di luluskan atau pun tidak and dia suruh aku print sebab dia nak tengok surat tu a.k.a result tu la.

aku naik ke second floor. cari library. dah jumpa. terus online guna google chrome. jumpe. dapat. masuk kad id pengenalan aku dan kata kunci.

*mata aku terbeliak*
'permohonan anda tidak diluluskan'

aku pun tak pasti ape sebabnya. sedih gila kot. apa yang aku harapkan tak dapat. apa makna semua ni? mungkin ini memang takdir aku? seribu persoalan muncul. tapi yang pasti , hati aku menjerit nak berhenti belajar. bosan dengan ptptn. serius weh. nak menangis? air mata pun dah kering. yang hanya ada , reaksi muka. tidak puas hati.


turun first floor. jumpa akak syarifah tu. dia cakap dia boleh tolong. kene tunggu isnin ni. kene tunggu lagi? aku rasa dah macam tak sanggup lagi. tapi aku cuma mengiyakan saja.


aku call mama aku. dia cakap just tunggu dulu. jangan buat keputusan terburu-buru katanya. dia memang support aku habis habisan. thats why i love her. dia memang mama yang terbaik buat aku. dia tak pernah patahkan semangat aku. dia nak aku habiskan belajar.

tapi , aku dah cakap siap siap yang kalau tak boleh jugak.. memang aku nak berhenti. mungkin takde rezeki ku kat sini. walaupun sedih , aku kene terima.



okaylah. nak off dulu. esok ade test pulak. fikiran kusut. doakan aku. doakan aku. amin.





Tuesday, July 26, 2011

masa depan.

sekarang ni aku rasakan dunia aku semakin gelap. macam diri aku di hempap sesuatu yang besar atas aku. nak menangis pun takde air mata.

ya allah , berilah aku kekuatan untuk menanggung semua ini.

ya allah , beri lah aku petunjuk mu.

ya allah, beri lah aku kesabaran untuk menempuhi dugaan ini.

aku rasa macam dah tak mampu. aku dapat rasakan yang hari esok hari yang paling pedih & perit untuk aku.


aku tak tahu apa yang harus aku buat sekarang ni. hanya berdoa dalam hati.

randoms # jaga hati # mengenai hati & semua berkaitan hati.

assalamualaikum w.b.t :)


ingin menyentuh sedikit tentang hati ye tajuk hari ini.



ekceli aku nak cakap pasal ni sebabnya aku dah banyak kali 'makan hati'. buat ibu ibu, gadis gadis, bapa bapa dan anak anak sekalian 'makan hati' ni bukan lah hati makanan ye. 'makan hati' ni sebab aku sakit hati. aku bukan nak bercakap pasal aku saja. kira semua yang terjadi didepan aku, blakang aku dan celah tepi aku pun. dan semua yang kita pernah lalui. randoms sahaja okay.


ini sekadar gambar hiasan makan hati* keh keh




"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."


(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

1) kalau kau nak orang jaga hati kau kan kau kene lah jaga hati orang. kau jangan nak pikir kau sorang aje ade perasaan. kita manusia ni same je doh. kalau orang dah buat salah dengan kau , ape kata just slow talk dengan dia. bile slow talk. orang pun akan tahu apa salah dia. dan yang nak marah pun boleh jadi lembut tau. ce try kalau tak caye.


2) kalau kau tengok orang tu jenis slow, baik & jenis pak turut je kan kau jangan sesuke hati je buli dia. apa, lu ingat dia takde perasaan ke? ni yang aku paling geram ni. sesuke hati je suruh sislow ni buat tu , buat ni. beli tu & ini. tapi di belakang? mengumpat! menambah dose! cisssssss. kesian sislow ni. cube korang pikir adik korang yang kene camtu? sedih tak? kalau kau tak sedih. memang kau jenis hati batu. dan mungkin korang bukan manusia :') haha

eh ini hati ke batu? * keh keh


3) kalau seseorang tu nak berubah ke arah kebaikan.. kau takpayah nak mencebik muka. hudoh kau tau? bukan setakat hudoh. weirdo dah muka kau tuh. ce cuba korang bagi support sikit. atleast, baru lah hati pun ikhlas je nak berubah & heppy je sebab ade orang bagi dorongan. macam aku ni ha. yela, aku tau dulu aku tak pakai tudung. sekarang je baru nak cube pakai. so tak payah nak buat muka dengan aku! menyampah. sekurang-kurangnya aku ade juga pasang niat nak berubah. kau hade ? :')

annoying sungguh muka ini * contoh mencebik muka. haha


4) if kau nak suruh aku hormat kau. kau jagalah tingkah laku kau. macam adengan nak balas dendam ke ape. its such as annoying things you know. tak payah la. macam kanak kanak riang. kita ni makin hari makin besar. be matured. aku bukan nak cakap aku baik ke ape. aku pun memang ade salah jugak. memang semua ada salah dan silap. tapi insyallah aku akan cuba sebaik mungkin untuk berubah! aku nekad. dan aku kalau nak marah pun, aku akan senyap. malas nak bercakap apa apa. lebih baik berdiam diri dari pada huuu haaa huuu haaa.


5) aktiviti sound dan meny-ound. serius aktiviti ni tak sihat okay. jangan buat. aku kata jangan buat okay. ehhh mentang mentang lah dia ramai backup sesuka hati mak bapak dia je nak sound orang! apee kau rasa kau hebak lah buat ashamtu? dan si-kena sound tu senyap je tunduk muka tengok lantai sambil kaki kuis kuis lantai supaya hilang malu. ehhhh aku yang tengok ni , sedih pilu, dan naik darah aku tengok. macam aku pulak yang kena sound. cukup lah okay? kesian gila!

last but not least, marilah same same berubah. insyallah kita semua akan jadi manusia yang lebih baik. insya-Allah. amin. lima aje cukup lah. keh keh.


p/s : eh esok result PTPTN. doakan aku. && result semester lepas pun dah keluar. takut & gementar. dan berapa kali aku nak cakap 'eh' ni?


sekian , terima kasih. wassalam :) selamat menyambut bulan ramadan minggu depan! bye.