Wednesday, July 27, 2011

ptptn part3 # hopeless# tired # sad

assalamualaikum ..


#masih lagi perihal ptptn.

dengan perasaan yang gementar, berdebar, pucat, tangan pun dah beku , tapi aku gagahkan juga kaki aku untuk melangkah hari ini untuk mendapatkan result ptptn aku.

hari ni aku sekali lagi berjumpa dengan kakak ptptn tu (bahagian kolej). nama dia syarifah. akak syarifah suruh aku check online untuk mengetahui sama ada result aku di luluskan atau pun tidak and dia suruh aku print sebab dia nak tengok surat tu a.k.a result tu la.

aku naik ke second floor. cari library. dah jumpa. terus online guna google chrome. jumpe. dapat. masuk kad id pengenalan aku dan kata kunci.

*mata aku terbeliak*
'permohonan anda tidak diluluskan'

aku pun tak pasti ape sebabnya. sedih gila kot. apa yang aku harapkan tak dapat. apa makna semua ni? mungkin ini memang takdir aku? seribu persoalan muncul. tapi yang pasti , hati aku menjerit nak berhenti belajar. bosan dengan ptptn. serius weh. nak menangis? air mata pun dah kering. yang hanya ada , reaksi muka. tidak puas hati.


turun first floor. jumpa akak syarifah tu. dia cakap dia boleh tolong. kene tunggu isnin ni. kene tunggu lagi? aku rasa dah macam tak sanggup lagi. tapi aku cuma mengiyakan saja.


aku call mama aku. dia cakap just tunggu dulu. jangan buat keputusan terburu-buru katanya. dia memang support aku habis habisan. thats why i love her. dia memang mama yang terbaik buat aku. dia tak pernah patahkan semangat aku. dia nak aku habiskan belajar.

tapi , aku dah cakap siap siap yang kalau tak boleh jugak.. memang aku nak berhenti. mungkin takde rezeki ku kat sini. walaupun sedih , aku kene terima.



okaylah. nak off dulu. esok ade test pulak. fikiran kusut. doakan aku. doakan aku. amin.





No comments:

Post a Comment