Monday, August 1, 2011

bila terjadinya salah faham #

assalamulaikum :)



rindu nyer nak tulis kat diary kesayangan aku ni. asyik sibuk je sejak kebelakangan ni. tak tahu apa yang aku buat. yang pasti memang sibuk sampai tak toleh kiri dan kanan tau. hahah. okay. tak kelakar. fine =.=



mengikut tajuk aku hari ini adalah berkenaan 'apabila terjadinya salah faham?'


ececeh mengada aku nak bertajuk tajuk pulaks. hihi


korang pernah tak berada didalam situasi ashamni? mesti pernah kan. haa jangan tipu.

begini lah situasi aku sekarang ni. di mana kawan aku ingat aku duk mengata kat dia. walhal aku duk sibuk mengata kat orang lain. hahah. which is memang bukan untuk dia langsung okay!

ini lah padah nya bila sibuk nak mengata. orang lain pulak yang terasa. kesal betul aku. semua nya sebab fesbuk. sebab membolehkan kita mengutuk dan mengata. jadahlaaa fesbuk ni! ishhh. (padahal diri sendiri yang salah)

tapi nasib baik la. kawan aku si bedah ni ada time aku update status tu. kebetulan pulak aku dengan dia sependapat dengan status aku ni. hahaah. memang kena. so si bedah ni pun 'up' status yang lebih kurang sama dengan aku.

kira ada jugak la saksi berpihak kepada aku kan. bahawa aku tak tuju kepada si tidak bersalah ni. hahaa. kalau takde saksi atau takde sibedah ni ? memang aku bergaduh la gamaknya dengan si tidak bersalah ni. ishhh. mintak jauh laaaa. sayang persahabatan kami.


dan si tidak bersalah ni terasa. ala kesian pulak. dia story dengan kawan aku yang bernama peah. peah pun tanya lah aku pagi tadi berkenaan status aku di fesbuk tu. aku pun cakaplah aku cakap untuk si badrul. explain bukan main panjang lebar. cuak aku dibuatnya.

dan si tidak bersalah ni baru lah tegur aku. dia cakap dia terasa hati semalam bila aku 'up' status ashamtu. aku pun kesal la jugak. sebab memang bukan untuk dia. dia takde kene mengena. dan aku dah pun mintak maaf tadi. adeyhh. nasib baik tak heboh satu malaya. hihi.


over lah aku ni. oh okaylah. berkenaan ptptn tuh aku dah tanak tulis lagi. membosankan. okaylah byee!


p/s : selamat berpuasa. sama-sama kita berlumba menggandakan ibadah kita :") wasalam.

No comments:

Post a Comment