Monday, July 4, 2011

for the first time meet bakal mak mertua. ohmaigod.

muahhaahaa. bakal ke ? bakal ke ? :p sila muntah sekarang. hihi. insyallah. bakal la ek. amin ya rabb :)


ini cerita semalam punya semalam. sabtu. macam biasa , aku takde masa nak update laju-laju. so sekarang tengah free. boleh la cerita. kata diary kan. mesti lah nak kongsi semuaaaa. hee.

cerita nya begini. pada pagi yang indah dalam pukul 7.30 pagi. sedang aku duk guling-guling atas katil sambil online fesbuk , mesej dari encik yayang asyik sampai je dalam 4 keping mesej. dalam hati aku berkata 'elehhh! nak pujukkk lahtuwww. nyampahhh!!' dengan nada yang sedikit marah marah manje. hikhik.

aku tengah badmood dengan dia masa tu#

aku ingat malas nak balas mesej dia. tapi kesian lah pulak. lagipula handphone aku out of kredit. lagi la kemalasan aku menjadi jadi. tak lama lepas tu , dia mesej lagi. nak taknak, aku curik la kejap handphone mama.

' owang tade kredit la. dah bangun dah ni. nape?' ececehh ngade lak aku. haktuih. konon majuk. ihik.

dia pun terus call. ajak keluar. dah la awal lagi masa tu. cam malas lah aku kan. dahla tak mandi lagi. tapi , nak taknak aku bersiap jugak. dan keluar lah kami berdua dengan jayanya.


lepas breakfast , kitorang cakapcakap dengan dia duk syok bercerita. lama lah jugak. mood aku pun dah okay. haha. puihhh. then dia ajak aku jumpa adik dia. sebab dalam adik beradik dia yang sorang ni je aku belum jumpa. nama adik dia aisyah. hye aisyah! hihi.

amik adik kat sekolah. adik dia ada kem katanya. lepas tu aku ingat nak hantar je adik dia aisyah tu. kiranya ingat aku duk lam kereta je lah kan. tapi rupe-rupenya dia terus bawak aku ke rumah dia. dan suruh aku turun.

emak dia dah terjenggul kat pintu. adohaii. dengan segan silu dan malu-malu aku berjalan masuk rumah dia. dalam hati tuhan saja yang tau bertapa gemuruhnya hati aku ni. dahla pestaim. memang nak jee aku tumbuk dan bersilat dengan pakwe aku masa tu. cishhh.


dahla aku berseluar jeans. aduhai. not nice lah kan? atleast berbaju kurung ke , jubah ke. baru lah menambat hati bakal mertua. kah kah kah. ni semua angkara pakwe aku yang bongek! eee. nak je aku rejam dia hidup hidup. tapi nasib baik aku bersabar. haha.


emak dia tu kira baik la. sengih sengih tengok aku. hihi. dan aku sengih sengih balik. mak dia pendiam orang nya. begitu juga dengan aku. so? aku tanya sepatah , mak dia jawab sepatah. sengih sengih lagi. haha. sampai ke sudah. adoyy.


makin lah segan aku. bukan itu sahaja , pakwe aku siap keluar dan meninggalkan aku kat rumah dia selama 2 jam. cilanat. tinggal lah aku dengan mak dia dan adik-adik dia. haihhh. memang saje nak kene kan aku lah tuuuu. geram aku.


tapi so far okay lah. no komen. haha. tapi perasaan takut tu ada. boleh terima ke mak dia dengan aku ni? okay ke aku ? berpuluh puluh soalan bermain di benak fikiran aku. tapi pakwe aku cakap mak dia okay je. haha. harap harap ek. adoy.


pape pun aku heppy. akhirnya bertemu jugak dengan mak dia ni setelah 2 tahun kapel. adeyh. payah betul aku nak jejak kaki ke rumah dia. haha. bukan apa, aku takut. hee.


aku cerita kat mama aku , mama aku senyum je. senyum senyum macam ada makna. hahaa.



oke , sekian terima kasih. =) oke bye!

No comments:

Post a Comment