Sunday, March 25, 2012

bismillahirahmanirahim..



assalamualaikum (:
dah lama gila tak bukak blog ni. nasib baik password masih ingat. haha.

macam mana nak mula ek. ingin menyentuh bab perkahwinan. aku dan dia dah kenal hampir 3 tahun. alhamdullilah. suka duka bersama. pahit manis masam kelat semua dah aku lalui dengan dia. dan semalam 24march2012, kami keluar dating.

keluar dating sebab minggu depan aku kena pergi praktikal di jaybe. so baliklah kampung. alang-alang tu memang dah jadi kewajiban untuk aku jumpa dia. hihi.

pergi dating di kfc , batu buroks. then pergi kedai mak angkat dia. lepak-lepak bagai. and one of this girl memang annoying gila! buleh pulak tergedik-gedik tegur pakwe aku nih. nak je aku jerkah 'oi aku ada ni. give me some respect please!?'

dah la tua. umur perempuan tu dalam 28-an plus plus kot. gemoks. tergelek-gelek masuk kedai and bajet kiyut plaks tuh.arghhh. menyampah.tapi aku masih senyum senyum kat pakwe aku. memang aku tahu pakwe aku tu tak tahu ape ape. yang sakit hatinya aku. ini dikira bukan cemburu buta okay? kalau korang acane?

dah. sakit hati pula bila ingat. nak cerita bab lain tapi teringat pulak dah sal minah ni. hurm. and kitorang pun balik. time tengah ontheway hantar aku tu . dia tnya aku ' ayang , nak bertunang tak?' 'bila kita nak bertunang?' something like that.

aku pun dengan hati yang masih panas tadi. just menyampuk jelah. 'elehhh, sembang boleh la. bukan nak bertunang pun kannnnn '

dia dengan muka pelik tengok aku. 'abang serius'. dan aku pun macam sebak gila. walaupun dia takde sujud kat kaki aku or melamar aku bagai. tapi dengan sedikit ayat tu pun aku rasa sangat hepi , sedih and terharu.

actually sebelum ni memang ada kami bercakap sal nak bertunang. tapi masih tunggu masa yang sesuai. sebab aku rasa macam belum bersedia nak bercakap sal ni. tapi sekarang aku rasa macam 'let's do it honey! :) '.

aku mengaku. dulu dia pernah buat kesilapan besar. sejak tu, sukar aku nak percayakan dia. tapi masa mengubah segalanya. dia pun dah berubah. so do I. aku boleh nampak kesungguhan dia. and seriously dia memang tak kedekut pun dengan aku. itu penting haha :P and dia baik. taat ibubapa dia. buatkan aku jatuh hati.

aku rasa lain dengan aku couple dengan yang sebelum ni. aku rasa dia boleh bimbing aku kejalan Allah. dulu aku tak pakai tudung, and now look at me :) dia jaga solat. family aku pun sangat suka kan dia. =)


tapi dalam sudut hati aku , betul ke dengan pilihan hati aku ni? ya Allah berilah aku petunjuk hidayah mu. lagipun aku memang takde layan lelaki lain selain dia. dia je kawan lelaki yang aku ada.

dan dalam ontheway tu dia suruh aku set jari dia tanda setuju. haha. cam budak-budak kan? dalam sebak tu aku set la jugak. ibu jari berjumpa ibu jari dia. hahaa. dia macam beria-ria sangat. nak bajet-bajet hantaran. ya Allah ni lah saat yang aku tunggu. di saat semua perempuan tunggu bila dia dah sayang lelaki tu. betul tak?

haha. hilang terus pasal minah tadi. aku percayakan dia. no more ragu-ragu :)

aku habis belajar bulan 12 tahun ni. so taknak ganggu mystudies so Insyallah dalam bulan 1 tahun depan selepas aku habis belajar, kami bertunang. katanya dia tengah kumpul duit =) insyallah. semua masih dalam perbincangan lagi. tak boleh nak hebohkan lagi. mak dia pun dah tahu. mama aku happy dengar. doakan aku bahagia, kawan ;)


p/s: sabar ye families. kaknina akan cakap juga nanti. bagi sape yang baca ni. diam-diam sudah ;)



No comments:

Post a Comment