Sunday, June 19, 2011

time kecik kecik dulu (;

first of all. masa aku kecik kecik dulu aku suka tengok cerita animasi power rangers. kalau korang tahun 1990 and above mesti korang pun minat benda yang sama macam aku. hihi.

kalau citer power rangers start je mesty aku dan adik aku dan sepupu sepapat aku bergaduh nak pilih color yang kitorang nak. tapi aku asyik dapat color yang huduh je.
yang aku inginkan iaitu color pink mesty adik aku yang dapat. sedih giler. tak puas hati betul.



ni zaman kegemilangan power rangers. haha



pastu time aku dah besar sikit. aku suke tengok citer sailormoon. tak silap aku kat astro ria selalu main lah. aku sekolah petang waktu darjah dua. so boleh la tengok kartun dulu =) haha




dan yang selalu aku syok buat kat sekolah , aku suka amik makanan budak budak RMT ( rancangan makanan tambahan) eh? setiap pagi kalau tak silap aku. yang untuk budak budak yang tak berkemampuan dan so on tuh. aku selalu jugak rembat. sebab banyak yang lebih. haha. tapi time dapat air kotak cokelet tuh aku tak dapat nak rembat la. sebab cikgu yang selalu bagi dan air kotak itu memang selalu dalam keadaan terkawal. haha.


bila lonceng dah berbunyi menandakan waktu rehat sudah tiba. aku dan kawan kawan aku sibuk duk kutip batu. haha. batu seremban eh ? yang 5biji tuh. boleh jugak guna guli atau penutup botol. korang ingat tak? :D tapi main batu seremban ni memang dah best sangat dah. bukan macam sekarang kan psp , ps2, menatang kejadah apa lagi dorang ni kan. zaman aku dulu mane ade game-game advanced cmtu. huhu.




batu seremban. lambung dan tangkap. kan. hihi




bila jumaat dan sabtu je cuti ( untuk negeri terengganu la kan) aku dan keluarga aku selalu pergi tidur dan jaga nenek aku. nenek aku dah sakit masa tu. so bila duk kat kampung , aku suka main masak masak. curi periuk nenek aku kat dapur secara senyap senyap. ajak adik adik aku join sekali. hahaa. memandangkan aku yang sulung. dorang memang ikut je cakap aku. kihkihkih.


aku ingat lagi. aku curi telur ayam nenek aku dan aku amik lilin konon-konon lilin tu bile dah cair jadi macam minyak. apakah kejadah nye? itulah kecerdikan aku pada masa itu. dan adik aku pun makan lah telur yang digaul dengan lilin itu. haha =) sib baik dorang masih hidup sekarang ni kan. takde pulak dorang komplain sakit perut ke apa masa tu. hahaa

dan itu saja lah yang aku ingat. rasa nya banyak lagi kot. tapi sumpah aku rindu giler waktu kanak kanak aku. sungguh best dan kalau boleh, aku nak kekal jadi kanak kanak :( boleh? so korang lak acaneee ek ?


hihi. sekian , terima kasih. wasaalam.



p/s : rindu sekolah kebangsaan gong badak a.k.a skgb bestari =')

3 comments:

  1. heheheee.... entry yg sangat comel! aku masih ingat, disebabkan korang semua berebut-rebut nak power rangers warna apa, korang bagi yang hitam tu kat aku. muahahahaha

    ReplyDelete
  2. a'aaa kan kakyong. aku ingat lagi. kita pakai baju power rangers kan? hahaa. and tgk power rangers kat rumah kakyong. masa rumah M. kalau tak silap laa. eee. rindu =')

    ReplyDelete
  3. >< bile ingat balek . aku nge didy bodo dengor cakap mu =='

    ReplyDelete