Tuesday, April 19, 2011

banyak nya dosa aku...

semalam penat sungguh aku berkeje. melayan kerenah patient. ada yang mengada-ngada. ada yang tak suka dirawat. berlagak. dan macam-macam patient aku jumpe. hmm. pening nye kepala melayan kerenah manusia ni.


then, habis kerje dalam pukul 9pm. kitorang balik naik bas kolej. dan encik pakwe call. lepas bergayut dengan encik pakwe.. aku pun tengok kat tingkap. cantik sungguh suasana malam di kuala lumpur... dari shah alam ke selayang agak lama perjalanan...


tiba-tiba hati aku terdetik... 'banyak sungguh dosa aku...'
aku pikir... bila tengok patient aku.... umur muda-muda dah banyak penyakit...


sakit itu.. sakit ini... cancer pun ada... inallilah....


aku ? syukur allamdullilah. tuhan tu masih sayangkan aku. dia bagi kesihatan yang baik. umur yang panjang kat aku. dan aku masih boleh berdiri di kaki sendiri hingga ke hari ini.


tapi , ajal maut di tangan tuhan. aku takut bila pikir mati. insaf betul. memang sejak akhir akhir ni aku asyik pikirkan mati.


semua manusia tu boleh cakap insaf kan? tapi amalan-amalan yang disuruh & diperintah ALLAH tu agak sukar untuk dilaksanakan.


aku bercakap untuk diri aku sendiri. masyAllah. payah betul untuk aku menurut perintah Allah. sembahyang? masih belum cukup dilaksanakan. ada saja yang tertinggal waktu. kenapa lah aku susah sangat untuk menurut perintah allah dengan sempurna. jahilnya aku. malasnya aku.


tetapi untuk zaman sekarang aku dah takde alasan untuk mengatakan yang aku kurang didikan agama. mustahil. kakak aku ustazah. ye. beliau ustazah. perkerjaan yang mulia bukan? sedangkan aku sebagai adiknya? malu nya ya ALLAH. aku akui bukan senang nak lakukan kebaikan. tapi tak mustahil...


inihari. kau bukak aje tv. berpuluh ustaz dan penceramah memberi nasihat kearah kebaikan. hari ini bukan macam dulu. dulu memang kita kurang peka bab-bab agama. sekarang? ceramah secara online pun dah berlambak..


tu belum masuk bab tudung. sekarang dah berlambak jenis-jenis tudung yang cantik-cantik , pelbagai warna, fesyen, kau pilih je nak yang mana! tiada sebab untuk tidak bertudung... tapi itulah.. bila di suruh bertudung & menutup aurat.. di cakapnya belum bersedia lah.. apelah. sampai bila wahai sahabat? hmm aku pun baru aje bertudung... insyallah aku akan kekalkan imej baik ini.... insyallah..


sekarang goal aku cuma ingin berubah.


-menutup aurat
-sembahyang lima waktu
-mengaji selepas sembahyang



aku taknak banyak. cuma ini dulu. aku harap aku boleh berubah. dekatkanlah diriku padamu ya Allah. amin ya rabb.








* aku dengan anak anak aku suatu hari nanti. kehkeh.



No comments:

Post a Comment