Monday, October 28, 2013

kehidupan selepas 6 bulan bergelar isteri orang :')

assalamualaikum wbt :)

sungguh rindu ingin meluahkan isi hati di blog kesayangan hamba ni. tapi masa yang tak mengizinkan :(
sibuk dengan kerja , urusan sebagai isteri , sebagai anak dan bakal menjadi seorang ibu =) Allahmdullilah. semua ini rezeki yang Allah bagi dekat aku dan juga amanah dari Allah taala kepada aku :)


kehidupan sebagai isteri orang? alhamdullilah syukur dapat suami yang memahami , dapat membimbing aku , dan bakal menjadi bapa dan ketua keluarga yang baik insyAllah. pasang surut rumah tangga itu biasa. tipu lah cakap bahagia jeerr kan.. ada juga bergaduh-gaduh kecil-kecil. cuma kene pandai give and take. and kalau nak merajuk pun boleh , cume sekejap sudahlah. pastu buat baik-baik balik.

buat apa merajuk lama-lama? kita kan nak hidup bersama laama. so , kalau sikit-sikit tu touching boleh la. cepat2 pujuk balik hati ni. hehe. si suami pun jenis tak cerewet sangat. cuma kami pun masih dalam proses memahami dan mengenali sikap masing-masing. walaupun dah 'couple' 4 tahun. lama kauuu. tapi lepas duduk satu bumbung lain ceritanya. baru tahu makanan kesukaan dia, dia suka buat apa, dia jenis macam mana. masih lagi dalam proses. dan setahu aku , memang proses ni akan sentiasa menjadi proses sebabnya sifat manusia ni berubah-ubah. so kene banyakkan bersabar.

dalam masa 6 bulan menjadi isteri orang , aku dapat merasa nikmat bakal menjadi seorang ibu =) hadiah yang tak ternilai. subhanAllah syukur sangat. berharap anak yang bakal di lahirkan ini menjadi pengerat hubungan kami suami isteri.


sekarang usia kandungan aku hampir 6 bulan. bunting pelamin la katakan. hehe. syukur sangat. semoga menjadi anak yang soleh & solehah. jantina tak check lagi. so tak tau lagi perempuan ke lelaki. tapi mama cakap nampak macam lelaki. si suami cakap anak lelaki! hahaha. aku? aku pun tak tau. asal sihat dan sempurna sudah. lelaki ke perempuan ke memang anak aku jugak. kihkih.

rupa-rupanya bukan senang mengandung ni ya. masa first trimester tu tak ada apa sangat. macam biasa je. tidur pun okay je. aku pun jenis yang tak ada alahan. cuma mula-mula pregnant tu pening and muntah. lepas tu dah tak ada dah. cume demam waktu malam jela.
then now second trimester , dah start penat gila-gila. rasa macam nak baring je. berdiri lama pun cepat sakit belakang. nak tidur malam pun kena bantal tinggi kalau tak , cepat semput. serba tak kena bila nak tidur. huhu. kaki pulak dah rasa lenguh-lenguh. berat badan pulak naik jerr. hishhh :D nasib baik si suami perihatin lah jugak tolong urut-urut kaki. lega sikit walaupun dia punya urutan tu kasar gila. huhuuuu :( sabar jelah.

now , lagi 3 bulan lebih :D pastu ada suara baby keluar. yeayyy. tak sabar nak habiskan journey ni . semoga Allah permudahkan urusan ku nanti. insyAllah aminnnn ya rabbb.

No comments:

Post a Comment