Saturday, April 27, 2013

# cant sleep... ( T____T )

now 1.06 am . what am I doing? can't sleep :(
padahal badan penat gilagila :'( balik kerja pukul 11.30 pm , so spatotnya aku tido masa ni. tapi emosi aku tak beberapa nak stabil. banyak masalah yang aku fikir. it's hurting me so much.

fighting with sibling. kau ingat aku selesa? kau ingat aku suka? KALAU BOLEH NAK BAHAGIA JE HIDUP NI.
but apa bole buat non? entahla. aku sebenarnya seorang yang sangat pemaaf. aku bukan jenis yang pedendam.
kalau adik aku nombor dua tu yeaaa. sangat pendendam. maksud aku , dia akan sentiasa ingat apa yang orang buat kat dia. even kalau benda tu dah pun berlalu dalam tempoh masa 10 tahun. tapi aku?

aku bukan macam tu. aku suka bising. mulot tak duduk diam. bisa. pedas. semua ada kat aku. tapi aku jenis senang nak maafkan orang.
walaupun di fitnah dengan teruk :) takpe, Allah swt ada ;)

tapi kali ni? mungkin hati ni dah kering. dah tak basah macam selalu ;) sorry to say YOU hurt me too much.
banyak kali bergaduh perkara sama. letih. aku dah penat. aku bosan. sampai masa aku diam. membatu lebih baik daripada bercakap lagi dengan kau. kau boleh potpetpotpet dengan orang lain. tapi dengan saudara kau sendiri? entahla. kalau aku tulis pun tak membantu kau berubah pun. kau cakap je kau berubah. tapi dalaman?

nak kata aku mengungkit? kau mengungkit dulu :)
penat nak cerita benda yang sama. aku rasa sampai tua pun perangai kau tak berubah. susah nak lupakan apa yang kau cakap kat aku :)

betul la orang kata...
terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata.. buruk padahnya ;)

biarlah masa yang menentukan segalanya... mungkin aku akan maafkan kau. tapi bukan sekarang. mungkin akan datang.

macam mana mama aku terasa hati dulu , macam tulah apa yang aku rasa sekarang. Nauzubillah min zalik.

:)


Wednesday, April 10, 2013

# meniti hari bahagia... kau ingat senang nak kawen? part 1

chewaaahhh gitewww tajuk aku kali ni. KAU INGAT SENANG NAK KAWEN? KAU INGAT MACAM BIRTHDAY PARTY? =)

lagi sebulan 2 minggu & 1 hari lagi nak jadi bini orangggg kauuu :')

tengah-tengah bosan di petang hari, tetiba rasa macam nak update blog. yelah nak update pasal nak meniti hari bahagia tak lama lagi. kihkih. seronok tu memang seronok.. tetapi nak sediakan bajet , nak pilih yang mane berkenan , urusan hati and perasaan pun nak kene jaga each other. nak kene konfirm yang mane perlu and yang mana tak perlu. kau ingat senang ke deknon? hahah (gelak jahat):D

serius mula-mula aku rasa aihhhhhh nak give up pasal kawen nih. stress yang amat sangat. nak dapat kan support dari family jugak pasal kawen-kawen nih. yelah kene amik jugak advice parents kan. yang aku boleh cakap aku rasa saat itu memang sukar. pastu baru lah aku tahu memang susah rupanya nak buat majlis kawen nih. macam mane la pengantin-pengantin yang sudah berjaya di ijab kabulkan berjaya mengatasi yea masalah remeh temeh ini. walaupun remeh, senak jugak otak memikir.

apa kau ingat mentang2 bakal jadi laki bini takde gado-gado? lagi bergaduh ade =) kau nak ini. aku nak ini. daahhh bergaduh. tapi yang penting kena bersikap rasional and matang. baru lah boleh bekerjasama. ini bukan budak2 style nak bergaduh-gadih. hormat each other , sabarrrr and banyak kan berdoa kepada Allah swt supaya di permudahkan segala urusan. amin.





Sunday, January 27, 2013

# dugaan bertunang...

assalamualaikum diari kesayangan.. :')

sebelum dapat kerja sebagai jururawat nih boleh la selalu update blog. walaupun takde orang yang baca. tapi sebagai diari pun cukupla.

biasanya orang-orang ada bercakap yang bertunang lame akan ada banyak dugaan. tapi aku bertunang dalam 5 bulan je. ni pun dah ada dugaan sikit demi sedikit. huuu. mungkin ini ujian dariNYA ataupun godaan dari syaiton. Allahualam.


1) jadi emosi.

bila lama tak jumpa jadi serba tak kena. rasa macam dia tak sayang kite lah. rasa macam dia abaikan kite lah. rasa macam dia dah taknak kat kite lah. wuwuwuw T___T padahal bile di fikirkan balik, kalau dia taknak kite, takan dia tunang ngan kite. waaa. sebelum ni pun jarang jugak jumpa. dalam sebulan ada lah dalam 2 kali je. sekarang walaupun dalam 1 minggu rasa macam lain macam. dugaaaan betoi. huh.




2) kuat merajuk.

tak pasai-pasai benda kecik jadi besar. bila dia tersalah bahasa sikit, automatik jadi sentap. tarik mucung panjang sampai boleh jadi hanger >.< subhanAllah. tak tahu lah kenapa. kalah kan ibu mengandung pulak. hish.


3) masalah kewangan.

yelaaa. aku pun tak dapat lagi job. so duit pun takde sangat. haha. harapkan dia jelah. tapi nasib baik dah beli sikit-sikit barang untuk kahwin. harap-harap rezeki ku di murahkan. huk huk.


4) keliru.

selalu tertanya-tanya dengan diri sendiri " eh.. betol ke ngan pilihan hati aku nih?" pastu mula lah tanya mama.. betol ke nih? ape kejadah la tanya soklan gini kan. dah jadi tunang dah pon. tak lama lagi dah pun. hadoi. kenapa ngan perasan ku nih. kalau dia tahu mesti kecik hati kan. hurmmmm.


5) rindu zaman bercinta.

malam tadi aku scroll down status aku kat fesbuk. yang tahun lepas. sidia jiwang-jiwang post status kat fesbuk aku. sekarang? mana ada dah. hurmm T___T serius je dia sekarang. cakap pasal mase depan. rindu nak manje jugak. kenape ek ? bile dah jadi tunang harus ke serius macam orang tua je? waaaa. okay. mebi dia nak stable kan diri dia kot nak jadi suami orang. kene serius. haha. entahla.



lagi 4 bulan nak kahwin. insyAllah. permudahkan lah segala urusan ku ya Allah :) semoga di tabahkan hati dan jauh dari dugaan. nak bina masjid ni bukan senang ye dak?

kene ada persiapan dari fizikal, mental & ekonomi. insyAllah kalau ada jodoh ada lah. amin ya rabbal'alamin.

Saturday, December 29, 2012

terime kasih ya Allah :) Alhamdulillah....

ya Allah , dalam dugaan yang datang bertalu-talu mendatang.. akhirnya kau bagi aku seribu rahmat ya Allah...

dalam bulan disember ni , bulan yang paling bertuah bagi aku.

1) selamat menjadi tunangan orang , ehem to firdaus masri 15|12|2012 :)

2) Alhamdulillah.. penantian selama 3 tahun belajar. akhirnya Allah makbulkan doaku :) aku lulus dan berjaya menjadi jururawat berdaftar oleh kementerian kesihatan. lesen untuk menjadi jururawat ^__^



aku exam dalam 13|12|2012 haritu.. aku bertunang 15|12|2012 :) Masa yang amat dekat. bezanya hanya 2 hari. 2 hari koootttt. bedebarnyaa jangan cakap.


aku pada mulanya agak takut. takut tak boleh nak fokus. dengan kelam kabut nak bertunang lagi, macam mane nak study lagi.. masa tu aku gagahkan diri dan yakin InsyAllah.. Allah itu ada dengan ku.. kalau ada rezeki untuk ku, maka adalah ..

dengan usaha yang bersungguh-sungguh, aku study. lantak la hal tunang tu. yang penting aku fokus dulu. lagi pun keluarga aku amat membantu aku pada masa tu. tanpa keluarga aku , aku rasa tak boleh aku rasa nikmat macam ni.. diorang yang urus macam-macam.

kiranya, aku balik tu terus bertunang.cuci tangan je. ya Allah baiknya kan keluarga aku kan? Alhamdullilah ma , abah, kak asma, kak umi , didi and adik :) terime kasih banyak-banyak. nina tak mampu nak balas jasa kalian semua....

Tapi siapa sangka? Allah hadiahkan aku dua-dua selamat. berkat solat hajat. dan hari aku bertunang tu.. memang cuaca pun baik. tak hujan pun :) padahal masa tu terengganu hari-hari hujan. syukur tak terhingga. majlis berjalan dengan lancar..

&& terime kasih jugak untuk keluarga pihak lelaki.. kerana sudi hadir :') syukran jazilan... semoga Allah membalas jasa kalian juga.. InsyAllah...



can't wait :D lagi 5 months.. insyAllah.. akan di update lagi.. :))





Friday, August 3, 2012

elakkan rasa benci ini ya Allah :(

betul kata orang. hidup tanpa masalah memang bukan 'hidup' namanya. terlalu bahagia juga mempunyai risiko tinggi untuk tidak berpijak di dalam dunia yang nyata.lupa diri.lupa membuat persiapan diri bila jatuh dan bangun.

bila jatuh rebah terpaksa gigihkan diri untuk bangun sendiri. tanpa bantuan orang. puncanya sebab terlalu percayakan orang 100%. sampai lupa untuk tinggalkan 1% untuk diri sendiri (:

terkadang terasa diri terlalu bodoh. percayakan orang , buat baik. even nak pergi mana-mana mesty inform dia dulu. dia ( nama bukan sebenar ) ada pikir tak kita macam mana?

and kesalahan aku yang paling ketara ialah aku EXPECT dia macam aku. padahal dah terang lagi bersuluh kita tak boleh samakan dia dia dia sama dengan kita. aku buta. aku lupa.

hari-hari berdoa andai dia bukan untukku, jauhkan dia secara baik. andai dia untukku dekat kan lah kami secara baik. maybe tuhan sudah pun terima doa ku. maybe tuhan dah bagi hint yang sepatutnya. Allahu'alam.

perit di hati ku telan sendiri. agar orang tak tahu kesedihan ini. salam :)


Tuesday, June 12, 2012

call me maybe , wassabi :p lol

first time tengok wassabi production dekat youtube terus jatuh hati. haha. dorang kelako sangat. lets cekitdout.


this is the original videoooooo :)




this is the wassabi production :') hahaa. cute plus kelako miahahaa







last sekali cara dia 'napas' tak tahan tu. euwwwww! haha.


emmm keyhhh byee! :DDD

Tuesday, June 5, 2012

hello June , please be nice to me :')

assalamualaikum diari...


dah lama tak taip di sini. rindu pun ada. bukan apa, hidup aku agak tidak menentu sejak dua menjak ni. macam-macam perkara yang berlaku. tetapi , mostly cerita yang sedih yang tak dapat aku kongsi di sini. biarlah orang yang terdekat sahaja yang tahu.

luka yang di kelar , aku sengaja biarkan ianya sembuh sendiri. aku percaya, ia akan sembuh. mana pula, manusia macam aku mudah lupa. cuma memerlukan masa. masa sahaja yang akan menentukan segalanya. tiada guna berdendam ianya akan memakan diri sendiri nanti.

kita hidup memang memerlukan orang. manusia sememangnya akan menyusahkan orang. even nak mati pun , masih lagi menyusahkan orang. tetapi kita hidup MEMANG tak boleh bergantung dengan orang. betul. tak tipu.

kadang-kadang kita selalu bergantung dengan orang, sampai lupa diri kita ni tak patut macam tu. kalau kena kat diri aku pun, contohnya kawan aku ni kedekut gila.. even bab makan pun mengira. sekali dua , boleh lah aku tanggung. lama-lama, aku hulur kaki aku dulu lah jawabnya.

ini adalah peringatan untuk diri sendiri juga. dan boleh dibuat teladan. chewahhh haktuih :')

okay. dalam sedih sendu yang berlagu tu , masih ada lagi yang menjadi penceria suasana aku. siapa lagi , si dia yang ku rindu and sayang la. hihihi. terima kasih masih sudi luang masa untuk memberi nasihat, mendengar bebelan, memberi petua. memandangkan dia tua. dia lebih tahu. ngeeee :D opsss soryy. jangan ''maghah'' :p

tadi dapat mesej dari dia. cincin tunang sudah sampai. aku pun macam... erkkk. really??? >.<'

ohmaigod. eksaiteddddd sorang-sorang. hihihi. tapi taknak bising dulu lah. biar rehsieee dulu. tarikh tunang pun belom konpom. tapi dia beli awal supaya senang nanti.

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :D







heppi sangat tetibaaaaa kannn :D tadi sedih bukan main macam nak paling-paling buntot. hihi.

dulu kan masa kechik kechik dulu , aku cakap dengan mak aku yang aku nak kawen masa umur 17 tahun. gila gatai aku dulu. and aku cakap kat mak aku tuh, bakal laki aku orang johor. hahaha. tapi nak buat cmne takde la orang johor nak kat aku kan. ngee.

tu mak aku la yang cerita balik. tak ada masa aku nak reka citer. and aku sekarang syukur la kalau jodoh aku dengan orang terengganu pun. orait apa. nanti raya tak payah nak pusing kepala nak undi bagai. hehehe.


actually cincin ni aku tak dapat pun lagi. tarikh tunang pun tak tau lagi kan. tapi insyAllah tahun depan. tahun depan aku umur 22 tahun. dia pulak umur 27 tahun. errkkkk. tuaaa ;p tapi dia selalu bajet dia umur sebaya dengan aku. menciii.


apa-apa pun terima kasih sudi memilih saya untuk dijadikan isteri. InsyAllah dengan izin-Nya. sama-sama kita doakan. okaylah. aku sebeno nye esok final exam. tapi boleh pulak nak online. dushhhhhh! tampo dahi sendiri laju-laju. tataaaa.