sekarang genap satu tahun pakai tudung. ya Allah. BOLEH PUN AKU MENUTUP AURAT. kan?
dan aku akui. nak menutup aurat ni bukan senang. maksud aku, dugaan tu memang ada di sekeliling. tengok orang yang rambut dia *dye* kolor warna blonde + cooper + dark brown memang terasa teringin nak *dye* jugak dan lepaskan rambut yang sedang bersarung ni. astgfirullah.
tengok orang curl kat rambut , nak jugakkkkkk. rinduuuuuuuuuuuu kata hati ni. astghfirullah.
tengok orang buat rambut straighten. ya rabbi , nak nak nakkkk! astghfirullah lagi.
masalahnya berapa kali aku nak beristighfar ni? sesungguhnya nafsu syaiton nirojim ni memang kuat. masyAllah.
dulu sebelum bertudung. bukan main payahhh betol aku nak bertudung. walaupun dah dipujuk oleh sang emak. dipujuk oleh sang bapaks. dan dipujuk oleh semua orang. tetap jugak pertahankan dengan ayat klise gadis melayu yang taknak tutup aurat " ala. aku taknak hipokrit lah. belum sampai masanya lagi. tunggu lah masanya akan tiba nanti".
padahal ni memang wajibbal-ghunnah. wajib. tak ada jawapan dan alasan untuk tidak menutup aurat. tapi itulah. degil aku bukan nak dengar nasihat orang.
tapi kalau nak dikira balik. aku dah pernah buat dengan rambut curl , straighten , colour warna warni pelangi bagai. aku rasa dah cukup dah. buat apa aku nak buat lagi? semua aku dah pernah buat. apa lagi yang aku nak selain menutup aurat ni? lagi pun aku malu jugak tengok budak kecik pakai tudung pergi kenduri kawin sambil senyum dekat aku. cam perli pun ada.
tak ke malu tu?
&& apa-apa pun aku percaya dengan hukum karma. kita susah nak dengar cakap mak bapak kita. nanti anak-anak kita pun sama la macam kita :) what goes around comes around.
nak pulakkkkkkkkkkkkkkk aku cam gitu? hahaha. taknakkkkk! :(
aku pun dah terbayang di minda. walaupun aku macam rockers. tapi jauh dari sudut hati aku nak anak-anak yang soleh & solehah. dengar cakap. pandai mengaji. sembahyang cukup. nanti kalau aku mati kan senanggggg ada orang tolong mandi kan mayat aku :')
takan kita ni muda je . sampai satu tahap akan mati jugak. dan alhamdullilah. berjumpa dan kenal dengan firdaus ni banyak mengubah aku sebenarnya. walaupun dia tu tidak lah alim mana. tapi tentang agama dia agak kuat . tu yang aku suka.
&
aku harap perubahan ni akan bertambah lebih baik. nak sembahyang biar cukup. mulakan dengan buku baru. Ya Allah , kau kuatkan lah iman ku ini yang senang rapuh ini. amin
Wednesday, March 28, 2012
Sunday, March 25, 2012
bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum (:
dah lama gila tak bukak blog ni. nasib baik password masih ingat. haha.
macam mana nak mula ek. ingin menyentuh bab perkahwinan. aku dan dia dah kenal hampir 3 tahun. alhamdullilah. suka duka bersama. pahit manis masam kelat semua dah aku lalui dengan dia. dan semalam 24march2012, kami keluar dating.
keluar dating sebab minggu depan aku kena pergi praktikal di jaybe. so baliklah kampung. alang-alang tu memang dah jadi kewajiban untuk aku jumpa dia. hihi.
pergi dating di kfc , batu buroks. then pergi kedai mak angkat dia. lepak-lepak bagai. and one of this girl memang annoying gila! buleh pulak tergedik-gedik tegur pakwe aku nih. nak je aku jerkah 'oi aku ada ni. give me some respect please!?'
dah la tua. umur perempuan tu dalam 28-an plus plus kot. gemoks. tergelek-gelek masuk kedai and bajet kiyut plaks tuh.arghhh. menyampah.tapi aku masih senyum senyum kat pakwe aku. memang aku tahu pakwe aku tu tak tahu ape ape. yang sakit hatinya aku. ini dikira bukan cemburu buta okay? kalau korang acane?
dah. sakit hati pula bila ingat. nak cerita bab lain tapi teringat pulak dah sal minah ni. hurm. and kitorang pun balik. time tengah ontheway hantar aku tu . dia tnya aku ' ayang , nak bertunang tak?' 'bila kita nak bertunang?' something like that.
aku pun dengan hati yang masih panas tadi. just menyampuk jelah. 'elehhh, sembang boleh la. bukan nak bertunang pun kannnnn '
dia dengan muka pelik tengok aku. 'abang serius'. dan aku pun macam sebak gila. walaupun dia takde sujud kat kaki aku or melamar aku bagai. tapi dengan sedikit ayat tu pun aku rasa sangat hepi , sedih and terharu.
actually sebelum ni memang ada kami bercakap sal nak bertunang. tapi masih tunggu masa yang sesuai. sebab aku rasa macam belum bersedia nak bercakap sal ni. tapi sekarang aku rasa macam 'let's do it honey! :) '.
aku mengaku. dulu dia pernah buat kesilapan besar. sejak tu, sukar aku nak percayakan dia. tapi masa mengubah segalanya. dia pun dah berubah. so do I. aku boleh nampak kesungguhan dia. and seriously dia memang tak kedekut pun dengan aku. itu penting haha :P and dia baik. taat ibubapa dia. buatkan aku jatuh hati.
aku rasa lain dengan aku couple dengan yang sebelum ni. aku rasa dia boleh bimbing aku kejalan Allah. dulu aku tak pakai tudung, and now look at me :) dia jaga solat. family aku pun sangat suka kan dia. =)
tapi dalam sudut hati aku , betul ke dengan pilihan hati aku ni? ya Allah berilah aku petunjuk hidayah mu. lagipun aku memang takde layan lelaki lain selain dia. dia je kawan lelaki yang aku ada.
dan dalam ontheway tu dia suruh aku set jari dia tanda setuju. haha. cam budak-budak kan? dalam sebak tu aku set la jugak. ibu jari berjumpa ibu jari dia. hahaa. dia macam beria-ria sangat. nak bajet-bajet hantaran. ya Allah ni lah saat yang aku tunggu. di saat semua perempuan tunggu bila dia dah sayang lelaki tu. betul tak?
haha. hilang terus pasal minah tadi. aku percayakan dia. no more ragu-ragu :)
aku habis belajar bulan 12 tahun ni. so taknak ganggu mystudies so Insyallah dalam bulan 1 tahun depan selepas aku habis belajar, kami bertunang. katanya dia tengah kumpul duit =) insyallah. semua masih dalam perbincangan lagi. tak boleh nak hebohkan lagi. mak dia pun dah tahu. mama aku happy dengar. doakan aku bahagia, kawan ;)
p/s: sabar ye families. kaknina akan cakap juga nanti. bagi sape yang baca ni. diam-diam sudah ;)
Friday, February 3, 2012
lebih ceria :')
salam diari ku. sudah lama ku menghilangkan diri. bukan aku tak rindu , cuma aku busy dengan aktiviti harian. nak curi masa pun agak sukar sekarang nih.
and sekarang aku dah tukar background blog ini , so lebih ceriaaaaaaaaaaa! :D
dan semangat nak menaip pun maybe lepas ney akan meletop-letop. ececehhh :P
Insyallah. okaylah. aku letih sangat malam ni. long journeyyyyy! k.lumpur - terengganu.
so goodnyteeeee ! esok insyallah aku hapdet belog ! muah * muah*
bubyeeeeeeeeeeeee :')

Sunday, December 18, 2011
saya pun reti merajuk tahuuuu :(
tahu tak kenapa saya nanges hari ni? ini semua sebab dia!! grrrr. nak je bagi penampo kat dia sampai dia takleh jalan :( tapi , diri ini hanya mampu menanges je. arghhh.
okay. aku nanges sebab aku marah sangat. aku marah sangat sebab aku tak puas hati dengan dia. aku tak puas hati dengan dia sebab dia buat aku tertunggu-tunggu.
haaa tertunggu apa? tertunggu nak gi dating la. ni bukan dating biasa. tapi sebab birthday aku!! boleh pulak dia buat aku tertunggu-tunggu?
janji pukul 11 pagi. okay. pagi tadi aku terus makeup-makeup && siap-siap konon nak gi dating kan. so taknak bagi dia tunggu lama-lama. and dia jugak mecej semalam suruh siap awal-awal hari ni.
aku malas nak call dia. bia dia sendiri tahu yang dating hari ni. aku tengok je handphone lepas bersiap-siap tu. tunggu punya tunggu sampai pukul 1.20 petang baru call aku. arghhhh. memang aku mengamukkkk! :(
aku cakap , tak payah jumpe laaaaa. dia cakap dia tertidur. sakit nyeee hati aku. dia tertidur sebab semalam dia maen game sampai pukul 4 pagi dengan kawan diaa! bencinya :( tuhan saja tahu perasaan aku. dahla 3jam tunggu.
pastu dia pujuk-pujuk aku. sori bagai. aku ada ego. aku cakap takpayah :(
dia berkeras jugak nak amik aku. aku cakap takpayahhh!
tapi tadi dah berbaik balik. huhu. dia cakap esok dia akan awal. aku cakap datang pukul 4 petang pun takpe. tu pun kalau nak dah lama hidup :)
okayla mydiari. babai

Saturday, November 26, 2011
semua cerita aku sebat !

salam untuk blog kesayangan hamba ini. sudah lama tidak ku buka. sedikit rindu tersemat di hati. merintih ingin menaip dan menatap blog ini , tapi disebabkan broadband problem terpaksa la hamba menyepi kan diri untuk 3 minggu ini.
ish! rasa nak kiss je leptop bila dah dapat online balik. hahaha. sungguh gila perasaan ini. bila dah selalu online , tetibe takleh online memang rasa macam gelisah gila okay.
okay lah stop dulu pasal online , leptop , & whatever ni. okay sekarang aku tengah bercuti minggu di rumah ku di terengganu (: yeahhh heppy gile. walaupun cuti empat hari saja , tapi nak jugak balik kampung. hihihi.
haaa. haritu kan aku ada cakap yang aku ada pergi praktikal di jaybee (hospital sultanah nur zahira) . masa aku kat situ untuk sebulan , sungguh la tidak owesomee. bukan sebab jaybee yang tidak owesome, tapi orang-orang di situ. maksud aku , cikgu kami yang tidak mesra alam. mucung boleh buat sangkut baju 4, 5 helai. tak tipu okay. nak sedekah kan satu senyuman pun susah. buat kami semua rasa tak best. rasa down. tak yakin untuk menjalani praktikal di situ.
aku pun tak tahu ape masalah cikgu kami tu. maybe dye tak suka kitorang kot. arghh. damn. kalau ye pun tak suka, tapi fahami la perasaan student. macam la dye tu dulu bukan seorang student kan? haihhh lupe asal usul lah tu. menyampah =.=
okay sepanjang aku jaga ward PP1 ( medical ) di hospital tu , semua orang aku jumpa. orang kaya , miskin semuanya ada. dan semuanya sakit. tapi ada seorang makcik india ni. dia pesakit aku la. dia 'tilik ' aku. maksudnya , dia pegang tangan aku dan dia cakap aku ni jenis hati kecil. aku tanya la 'ape yang hati kecil makcik?' dia cakap hati aku ni tak tetap. sekejap aku nak kat si bf aku ni. sekejap aku berubah pulak. ikut keadaan. which is memang tak bagus. mak hoiii. mane dye tahu ni? grrr. then dia cakap lagi yang bf aku ni jenis hati panas. so kene beware. and yang tak buleh bla dia cakap aku akan mati masa umur aku 55 tahun. fuhhh. lagi berape tahun tu? grr. memang aku tak percaya sangat. tapi takut pun ade jugak. haha. memang kurang asam la makcik ni. nasib baik dia pesakit aku , kalau tak da lame aku ajak bersilat. huh.
eh ape yang aku nak cerita lagi ni? tibe tibe blurr lah. sorry blogku. hahaa. hangat hangat taik unta je aku ni. k lah byeeee.
Saturday, October 1, 2011
kesedihan yang melampau
assalamualaikum mydiary...
sorry la sebab bila ade problemo jew aku akan ingat kat kau. isk :(
sebab memang takde masa langsung nak taip-taip kat blog ni sekarang. esok lusa aku akan kene posting di jaybee. untuk 4 minggu.
aku rasa 'down' sangat-sangat sekarang. aku rindu family aku. mama aku pun tak berapa sihat . aku nak balik sangat-sangat. tapi , aku tak nak menyusahkan mama aku. dah pergi & balik dari kL ke terengganu saja memerlukan kos RM100 plus plus. lebih baik mama bagi seratus plus plus tu buat makan ke hape. kan? :(
lagipula , birthday firdaus (sidia) lagi seminggu. tapi , aku harap dia faham situasi aku sekarang. dan aku dengan dia sekarang ni macam 'kurang' sikit. aku tak tahu mana silapnya. mungkin aku? atau dia?
entahla. aku malas nak mengusut kan lagi otak aku nak fikir hal ni. suka hati dia lah. biarlah dia dengan hati dia. aku dengan hati aku. lagi banyak benda yang aku nak fikir.
&& alhamdullilah. walaupun dengan keadaan dan dugaan yang datang bertimpa-timpa. tapi exam midterm & all test aku semuanya lulus. syukran.
okaylah. setakat sini saja buat masa ni. oke bye.

Saturday, September 17, 2011
tak tahu nak tulis tajuk apa -______-
assalamualaikum.
okay. sejak mama ku tak bayo lagi broadband ku , aku tak boleh online sangat. sobs. sangat-sangat sedih okay. online pun kalau ade wifi ! :(
takpela kan. fine fine. then, aku dah pindah rumah . rumah lama ada budak junior nak masuk. so aku kene pindah ke rumah senior. which is ada 3 katil yang masih kosong.
so, sekarang aku dah tiga hari duduk dengan senior. senior tu sama umur dengan aku. baik lah jugak. cuma kami tak banyak cakap. lagi pun tak tahu nak borak pasal ape.
aku ni kadang-kadang boleh jadi blurrr jugak. tapi , kalau dengan orang yang dah lama aku kenal memang aku jenis yang kepoh. bising bagai and suka berlawak. tapi bila dengan orang yang baru aku kenal , aku jadi batu. senyap je. entahla.
berkenaan entry aku sekarang , aku tak tahu nak tulis tajuk apa. sebab banyak benda yang aku nak kongsi. haha.
yang best nya , ptptn aku sudah diluluskan. amin ya Allah. thank you Allah :)
mintak semuanya berjalan lancar.
berkenaan family pulak , family aku sekarang masih down. takpe. insya-Allah kalau kita banyak ma , abah & adik-adik , Allah akan tolong kita. Allah takan uji hambanya yang lemah. nina harap kita semua bersabar. mungkin ada hikmah disebalik kesusahan kita sekarang ni. yang penting , tawakal.
untuk si dia pula , aku rasa bahagia sekarang ni. mintak Allah panjangkan bahagia ini hingga ke akhirat. insyaALLAH.
okay lah. setakat ni sahaja coretan aku untuk diari ini. bye :)

Subscribe to:
Posts (Atom)