Tuesday, June 21, 2011

terasa jauh.. hurmmm

okay. aritu aku dah janji yang aku taknak jiwang karat karat lagi kat belog nih. tapi tak boleh la. jiwa aku memang jenis suka meluahkan perasaan. aku tak suka pendam.


kalau ada maksalah pape je , mesti kawan kawan aku atau pun famili aku yang jadi mangsa. hihi. dengar leteran aku. dan juga pakwe aku :(


bukan apa. kalau pendam aku boleh sakit kepala bila duk pikir sorang-sorang. apa kata ajak orang lain sekali pikir maksalah aku. so takde la aku berat sangat nak tanggung sorang diri kan? haha. kejam tak ? taklah. sharing is caring. ahaks.


so nowdays , aku rasa sunyi. sebab sipakwe sibuk jee bekerjeeeee. arghhh damn. dah jarang text. kalau dulu asyik 24jam je handphone kat tangan aku. sekarang , 6 jam je dlm tgn aku (': sungguh menyayat hati. serius.

kadang kadang nangis jugak sorang-sorang. tak ke bongok aku nih? dia bukan gi mengatal pun. pegi kejeee. eeee. nak emo segala bagai? apeee laa ek ? :'(


dia pun dah marah aku coz asyik emo tak pasal-pasal. emmm :(


okay. aku kene kuat. aku kene kuat dalam semua keadaan. famili prob , chinta prob , study problemo. semua aku kene tolak tepi bab emo-emo nih. aku kene kuat!

&&

alhamdullilah... perkembangan terbaru mama aku dah sihat sikit. sama sama doakan beliau ye. harap semakin sihat hendaknye. insyAllah.


okay lah. kawan aku dah memekak ajak pegy makan. hehe. oke bye!



p/s : i dedicated this song for him (;

Sunday, June 19, 2011

time kecik kecik dulu (;

first of all. masa aku kecik kecik dulu aku suka tengok cerita animasi power rangers. kalau korang tahun 1990 and above mesti korang pun minat benda yang sama macam aku. hihi.

kalau citer power rangers start je mesty aku dan adik aku dan sepupu sepapat aku bergaduh nak pilih color yang kitorang nak. tapi aku asyik dapat color yang huduh je.
yang aku inginkan iaitu color pink mesty adik aku yang dapat. sedih giler. tak puas hati betul.



ni zaman kegemilangan power rangers. haha



pastu time aku dah besar sikit. aku suke tengok citer sailormoon. tak silap aku kat astro ria selalu main lah. aku sekolah petang waktu darjah dua. so boleh la tengok kartun dulu =) haha




dan yang selalu aku syok buat kat sekolah , aku suka amik makanan budak budak RMT ( rancangan makanan tambahan) eh? setiap pagi kalau tak silap aku. yang untuk budak budak yang tak berkemampuan dan so on tuh. aku selalu jugak rembat. sebab banyak yang lebih. haha. tapi time dapat air kotak cokelet tuh aku tak dapat nak rembat la. sebab cikgu yang selalu bagi dan air kotak itu memang selalu dalam keadaan terkawal. haha.


bila lonceng dah berbunyi menandakan waktu rehat sudah tiba. aku dan kawan kawan aku sibuk duk kutip batu. haha. batu seremban eh ? yang 5biji tuh. boleh jugak guna guli atau penutup botol. korang ingat tak? :D tapi main batu seremban ni memang dah best sangat dah. bukan macam sekarang kan psp , ps2, menatang kejadah apa lagi dorang ni kan. zaman aku dulu mane ade game-game advanced cmtu. huhu.




batu seremban. lambung dan tangkap. kan. hihi




bila jumaat dan sabtu je cuti ( untuk negeri terengganu la kan) aku dan keluarga aku selalu pergi tidur dan jaga nenek aku. nenek aku dah sakit masa tu. so bila duk kat kampung , aku suka main masak masak. curi periuk nenek aku kat dapur secara senyap senyap. ajak adik adik aku join sekali. hahaa. memandangkan aku yang sulung. dorang memang ikut je cakap aku. kihkihkih.


aku ingat lagi. aku curi telur ayam nenek aku dan aku amik lilin konon-konon lilin tu bile dah cair jadi macam minyak. apakah kejadah nye? itulah kecerdikan aku pada masa itu. dan adik aku pun makan lah telur yang digaul dengan lilin itu. haha =) sib baik dorang masih hidup sekarang ni kan. takde pulak dorang komplain sakit perut ke apa masa tu. hahaa

dan itu saja lah yang aku ingat. rasa nya banyak lagi kot. tapi sumpah aku rindu giler waktu kanak kanak aku. sungguh best dan kalau boleh, aku nak kekal jadi kanak kanak :( boleh? so korang lak acaneee ek ?


hihi. sekian , terima kasih. wasaalam.



p/s : rindu sekolah kebangsaan gong badak a.k.a skgb bestari =')

Saturday, June 18, 2011

i love you mama :(



just me & you ma (':



bila tengok citer atashinchi je , terus teringat kat ma. sebab watak emak lam citer nih sama macam real ma. hihi. cutee nye ma , tapi ma lagi cute dari kartun ni <3 (:


&&

hurmmmmmm..
ma , nina tak tahu sama ada ma akan baca atau tak apa yang nina tulis ni. tapi , nina nak luah kan jugak kat sini.


dalam dunia ni , nina rasa bersyukur sangat dapat mak macam ma.. tak boleh di huraikan dengan kata-kata bertapa baik nya ma.. bertapa penyanyang nye ma... sporting nye ma.. bertapa lucu dan bertapa TERBAIK nya ma dan ma jugak seorang pendengar yang setia.. ma macam kawan baik nina... baik sangat...


sekarang.. ma asyik tak sihat. nina takut. nina takut akan kehilangan ma. tiap- tiap hari nina doakan agar ma sihat dan panjang umur.. ma... nina nak mak tahu yang nina sayangkan ma sangat-sangat... tiada orang yang setanding dengan ma dalam hati nina..


nina menaip sambil menangis ma... nina sedih sangat sekarang ni...


ma kuatkan semangat , boleh ? :( demi adik-adik dan nina... ma tolong kuatkan semangat ye.. biarlah apa yang orang nak kata dan buat kat ma... biar Allah yang membalas setiap perbuatan nya... insyAllah ma...


bukan nina minta , tapi nina cuma nak beritahu dan jelaskan yang nina TAKNAK kehilangan ma... nina masih perlukan kasih sayang seorang ibu.. nina tak bersedia lagi nak pikul tanggungjawab untuk besarkan adik adik... nina masih tak mampu ma.


nina rindu ma.. nina rindu nak dengar ma nyanyi.. nina rindu time birthday nina , ma call dan nyanyi time nina bangun pagi.... nina terharu sangat ma... YOUR ARE THE BEST MOTHER THAT I EVER HAD!!


ma selalu berikan apa yang nina minta. thanks alot ma. nina doakan supaya ma sihat sentiasa ye ma.. ma jangan lupe makan ubat.. nina sayang ma... nina sayang sangat kat maaa ;( dan maafkan nina sebab nina banyak buat salah dengan ma. selalu degil tak dengar kata ma. nina mintak maaf ma.. insyAllah nina akan berubah..


semoga Allah panjangkan usia ma.. dan sihat walafiat.. dan hidup kita di berkati. i love you so much ma ;(




from your daughter ,
nik nabihah mohd

Sunday, June 12, 2011

tahniah terengganuu !

tahniah buat pasukan bola terengganu kerana telah mengalahkan kelantan dengan 2-1. hihi. apa apa pun tahniah buat negeri aku. heppy gila. boleh ? (:


hari ni niat di hati konon konon nak tulis post baru di belog. sebab nya dah macam bersarang pulak blog aku nih bila dah lame tak update. hmm. tapi kalau aku tak update pun bukan nya penting sangat pun. orang taknak baca pun. huuu >.<

sekarang ada di johor bahruu. praktikal 2minggu. esok dah start keje wad kanak kanak.

aku tak sabar nak habiskan 2minggu ini. and cutiii. ahhhhh besh nyerrr.


tadi. lepas duk baca baca balik post post aku yang lepas , aku rasa macam geli pulak nak baca. asal aku cam gedik je ek? errr. asyik duk cerita pasal cintan jeh. geli pulak bulu idung aku bace. ummm.


insyallah. pasney aku akan kurangkan jiwang karat aku nih. hihi. insyallah...





p/s : aku bangga jadi anak jati terengganu. congrats terengganu (:

Thursday, June 9, 2011

blurrr.

"awak... kite rindu awak tau.." sambil menangis si betina mengadu kat si jantan.


"ehmm... yelaa.. kite lagi rindu awak tau tau.... tapi nape awak nangis?" pelik.


"sebab awak dah jarang mesej kite... bile kite tengok handphone je, tade pun mesej dari awak.. wuwuwuuu. awak dah tak sayang kite ek.. isk isk"


" mana ade. saya busy dengan keje la sekarang.. untuk masa depan kita jugak. dah la tu.. jangan menangis lagi.."


"okeh. tapi janji tauuuu awak hanya untuk kite. tanak ada yang ketiga!" lagi kuat tangisan.


" yelaaa yelaaa. saya sayang awak sorang je. love you."


"love you too." kesat air mata.


" jangan sedih lagi tau sayang. saya tak suka cmni. jangan di pikir kan sangat yang bukan bukan" suara siyes.


" yelaaaa. saya sedih je. nak awak tahu..."


" tahu la sedih. tapi awak kene lah kuat. tanak nangis lagi oke."


" takan nak gelak pulak time sedih?? ape awk ni!" tension.


" hehe. yeelaaaa. tapi jangan sedih sangat. saya sayang awak sangat."



" hmmm. yelaa awak. okeee la bye"


"bye sayang."



------------------------------------------------------------------------------




p/s : apa kejadah nya aku tulis cmni. adakah ini realiti atau dongeng semata? hihi. jeng jeng jeng... oke bye.

Sunday, May 29, 2011

kumbang bukan seekor.. tapi kumbang aku tetap yang aku punye. haha =)

woaaaaaaaaaaaaah. dup dap dup dap hati aku duk tunggu keputusan dari sidia.

pada mula nya dia dah give up.

and entah macam mana dia boleh cakap yang sayang aku pulak =')
*sambil kesat air hingus*


haaa. tahuuu pun dia kan. ingat senang kee nak dapat awek baik cam aku nih? ihik.

now boleh la aku focus on mystudy. dah la esok final exam. haiyooo. serabut betol aku hari nih. nih baru boleh study. hati dah lega. baru tenang jiwa nak menghafal =)


okaylah. tu je lah. sekian. wo ai ni sayang. bubyyye!

ALL WE HAD IS GONE NOW =(

mungkin apa yang aku harapkan akan terkubur tak lama lagi. tunggu waktu dan saat sahaja. adakah ini adalah kententuan nya ? entahla. aku pun tak pasti. masih keliru dengan kehendak hati sendiri.

ku sangka kan panas hingga ke petang , rupanya ribut di tengah hari. isk.


ya. aku memang kuat jeles. kalau aku mula curiga , nahasla korang. bahkan disebabkan jeles ini lah yang terjadi di antara aku dan dia menyebabkan kita orang selalu bergaduh.


aku pun dah fade up dengan hati aku. aku mula memikirkan sama ada nak teruskan atau pun tak hubungan ini. macam dah give up you know. shit :'|


andai kata hubungan ini dah terputus , maafkan saya. sesungguhnya saya sudah bosan nak melayan kerenah hati. antara salah saya atau pun awak , saya pun tak pasti. walaupun hati ni sedih.. tapi saya nak awak bahagia.


jangan lupa kenangan antara kita. walau apa pun saya tunggu keputusan dari awak =')



mood : blurrrrrr. hurrmmm :0