Thursday, July 14, 2011

perihal ptptn #

hari ni aku rasa sangat-sangat letih. ke hulu kehilir nak selesaikan masalah ptptn aku. berpeluh peluh. namun aku masih setia menunggu cik abang dan kakak di pejabat pentadbiran kolej. dengan muka yang bersungguh sungguh nak selesaikan masalah ini hari ini juga. kira nak setel semua hari ini jugak. dah tak nak beserabut lagi dah.

harini jugak aku makeup tebal satu inchi kerana ingin menebalkan muka nak jumpa ramai orang. pedulikan orang lain. aku cuba membuat muka kasihan sehabis mungkin supaya akak dan abang di pejabat bekerjasama dengan aku.


buat pengetahuan semua , aku tak dapat loan pinjaman ptptn. ini semua gara-gara aku pernah belajar di kolej lain dan masuk kolej lain bagi next semester. memang itu kesilapan besar yang aku penah buat. bertindak tanpa berfikir akan akibat yang mendatang. sekarang aku menangis pun tak guna. tapi masih berdoa agar masih ada secebis sinar dalam hidup aku.


# dulu , di waktu kolej lama. aku sempat meminjam dengan ptptn sebanyak RM 10k. dan di sebab kan aku berhenti. dan ingin masuk kolej lain. aku terpaksa melunaskan bayaran 10k itu sebelum membuat pinjaman baru di kolej baru.

mama aku sudah pun membuat bayaran sebanyak RM 10k pada mei tahun 2010 kepada ptptn. tapi aku masih binggung sebab untuk membuat pinjaman baru , permohonan aku asyik ditolak. katanya tidak diluluskan permohonan aku. aku pelik. sebab mama aku sudah pun bayar penuh mengikut jumlah yang aku pinjam dahulu. tapi seperti remaja biasa, aku buat tidak endah. malas nak memikiran lagi masalah baru ni. lalai dengan kemewahan yang diberi kolej.


selepas lama beristirehat, aku try lagi, lagi dan lagi. tapi asyik di tolak. bila dah sem 3 , aku masih lagi mencuba menghantar permohonan. tapi gagal. dan aku call ptptn banyak kali jugak. dan check bahagian 'blacklist' namun nama aku tak de pulak di bahagian blacklist.

akhirnya baru aku terfikir nak menghantar surat ke ptptn mengenai jumlah yang sebenar. mungkin ada tertunggak ? aku risau jugak. mana tahu kot kot 2,3,4 ribu lagi? mana nak cari ? adoi. selepas 2minggu , ada respon dari ptptn. surat dari ptptn sampai ke rumah aku. rupa-rupanya jumlah yang tertunggak hanyalah RM144.18 sen. menyedihkan.

kenapa ptptn tak memaklumkan kepada aku sebagai peminjam yang ada jumlah tertunggak? aku first dalam family yang buat pinjaman dengan ptptn. memang tidak tahu menahu prosesnya bagaimana. sedih sungguh hati aku. kecewa. sekarang dah sem 4. tuhan saja yang tahu apa yang aku rasa sekarang.


# semalam aku pergi ke kl-sentral. lunaskan baki yang tertunggak.

aku : saya nak bayar baki yang tertunggak. tapi kenapa ada yang tertunggak ye?
accountnt : ohhh. itu caj bayaran kami untuk kos pentadbiran (senyum)
aku : !@#$%^ *! ( menyiraap aku tengok senyuman tu. morons. bod-h!)




dalam hati aku ni dah berasap asap! disebabkan kau lah ptptn! aku berhutang dengan kolej sebanyak 30 k untuk 3sem! fcukk! kenapa kau tak boleh hantar surat kepada kami? yang ada jumlah yang tertunggak? dan ada caj bagai? sial.


tapi sekarang aku dah boleh menarik nafas lega. sebab nama aku dah pun diclearkan. dan dah boleh buat pinjaman baru. insyallah. sama-sama doakan aku.


kalau rezeki aku masih dalam bidang ini. insya-Allah akan aku teruskan. tapi , kalau dah memang bukan rezeki ku di sini , aku akan redha..


p/s : special thanks to mybeloved friends. kerana teman aku naik pejabat ptptn and sama-sama menolong aku dan setia kehulu kehilir bersama aku. hanya tuhan boleh membalas jasa kalian. love you kak aida ,kakmida, aisyah , adie , nurul dan hidayah abd manaf. thanks a lot guys.

No comments:

Post a Comment