Saturday, July 16, 2011

nak bercinta itu boleh. tapi..

1) jangan cepat menerima cinta dari seseorang.
2) kenal dulu hati & budi baru bercinta.
3) pastikan orang itu jujur & ikhlas mencintai anda.
4) bukan kaki perempuan.
5) beriman kepada yang maha esa. yakni, tidak pernah tinggal solat.
6) virgin.
7) pandai menyimpan rahsia & pendengar yang setia.
8) boleh di bawa berbincang.
7) pecinta kanak-kanak.
8) romantik & bukan kaki baran.

haa. itu kira ciri-ciri lelaki idaman aku. tak dapat kesemua lapan tu pun takpe. atleast 6 & 7 je dah cukup. hahaa. demand you!

ehhh dah macam doktor cinta pulak. tapi aku bercakap untuk diri aku. aku pernah menyesal bercinta. serik gila gila tau.

&& ini
kisah aku dengan pakwe aku sekarang ;

aku menerima cinta pakwe aku sekarang ni dalam masa satu hari aje. terus kapel. tanpa mengenal hati budi dia dulu. mungkin jugak aku terima dia sebab nak lupakan ex aku. tapi aku rasa itu kesilapan aku jugak. bukan aku tak bahagia sekarang , tapi banyak benda aku tak tahu pasal dia ni dan terpaksa menerima setelah lama kapel. perit okay. tapi dah sayang , terima seadanya. bukan nya dia teruk , tapi sedikit buat aku tak suka pada awal percintaan.


mula-mula bercinta semuanya indah belaka. walaupun itu hanyalah fake semata. tapi aku kira indah la jugak. sebab aku bercinta dengan pakwe aku sebab nak hilangkan boring je pun waktu tu. walaupun dalam hati adalah jugak perasaan suka masa first time jumpa dia. tapi nak kata cinta ? takde kot.


setelah lame kapel , dia ni asyik kantoi je dengan aku. rimas aku. ramai betul peminat dia ni. dia pulak player. and aku pun player. so , sama sama player. dia kantoi mesej. aku pun kantoi jugak. tapi yang aku hairannya , aku boleh pulak terima. dia pun sama. mungkin kurang sayang lagi kot masa tu? aku pun tak pasti. tapi tidak dinafikan , rasa terkilan tu ada. rasa tertipu pun ada jugak. tapi nak marah dia? aku pun sama =.=

tak lama lepas tu , kitorang asyik clash je. tiap-tiap bulan kot clash. and dia ada minat kat sorang minah ni. kantoi jugak dengan aku. penat dol. dan aku pun ada minat kat mamat lain dalam masa yang sama. tanpa pengetahuan dia, aku jumpa dengan mamat laen. kira aku suka dengan mamat ni. serius. hampir sikit nak kapel. tapi.. mungkin takde jodoh. sebab aku berbaik balik dengan pakwe aku ni. so , aku pun lupakan je mamat ni sampai sekarang.

dan yang aku nak tekan kan kat sini , aku bosan dengan kehidupan macam ni. serius. buang masa. dalam masa 2tahun aku kapel dengan pakwe aku ni. setahun itu ibarat terbang melayang entah ke mana. yang lagi setahun baru lah betul-betul kapel.

pahit manis aku telan selama setahun. dan setahun lagi tu baru aku nampak dia berubah. dia dah sayang aku.aku boleh rasa yang dia semakin rapat dengan aku sekarang ni. bukan aku nak cakap yang aku yang ubah dia , tapi itulah yang berlaku. syukur sangat. dan aku pun dah berubah selepas dia berubah. dah tak macam dulu. aku tinggal kan mamat mamat yang aku selalu mesej & hangout.

dan maybe dia jenis penyanyang kot. sebab tu aku boleh cinta dengan dia ni. kiranya bukan senang la nak sampai ke tahap ni. memerlukan kesabaran yang tinggi. kalau lah masa boleh di undur. aku taknak terus cinta dengan dia. aku nak jadi kawan dia dulu. nak kenal kehidupan dia dulu macam mana. nak cuba jadi pendengar masalah dia. and sebagainya.

sebab bila dah bercinta , sibuk nak jaga perasaan kan. dan bila nak jaga perasaan, mesti banyak menipu. itulah yang berlaku dulu. tapi sekarang aku bahagia. aku redha pekara yang lepas. dan alhamdullilah dia tak pernah sentuh aku ke apa. bercinta betul betul cinta.

and dia banyak manjakan aku. kalau aku cakap je nak apa, mesti dia akan usahakan. kadang-kadang kesian jugak kat dia. tapi dah kalau dia nak bagi , aku terima dengan tangan terbuka luas hihi.

kiranya dulu aku pernah jugak lah menyesal. tapi menyesal pun tak guna. masing masing ada kekurang dan kelebihannya kan? so aku nak lupakan kisah dulu tu. sekarang yang penting bahagia :) & amik iktibar dari pekara yang lepas. insya-Allah.


p/s: membuka pekung didada. saya tak suka awak yang dulu. saya suka awak yang sekarang ni :')

2 comments: